Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kereta Hyundai, Kia Guna Teknologi Bumbung Solar untuk Cas Elektrik Menjelang 2020
Auto Terkini

Kereta Hyundai, Kia Guna Teknologi Bumbung Solar untuk Cas Elektrik Menjelang 2020

Han OthmanBy Han Othman05/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI Motor dan Kia Motors bakal memperkenalkan teknologi pengecasan bumbung solar untuk beberapa produk automotif jenama itu selepas 2019. Produk itu kelak akan menggunakan panel solar yang dimuatkan dalam bumbung atau bonet kereta, dan menyokong kenderaan daripada jenis pembakaran dalaman, hibrid dan elektrik (EV).

Ini secara tidak langsung akan meningkatkan kecekapan bahan api, memberikan tenaga elektrik tambahan dan menambah jarak perjalanan sesebuah kenderaan yang menggunakan sistem berkenaan.

BACA >>> Jalan Berkuasa Solar, Bercahaya Dalam Gelap Atasi Masalah Penunggang, Pejalan Kaki

Teknologi pengecasan solar dibangunkan untuk menyokong sumber kuasa utama kenderaan, menambah baik perbatuan dan mengurangkan emisi CO2. Sistem tersebut akan memiliki kemampuan mengecas bateri kenderaan elektrik dan hibrid, termasuk enjin konvensional jenis pembakaran dalaman yang membantu meningkatkan tahap kecekapan bahan bakar.

TIGA JENIS SISTEM CAS

Logo Hyundai

Ada 3 jenis sistem pengecasan bumbung solar yang dilaporkan sedang dibangunkan dua jenama automotif dari Korea Selatan itu.

Sistem generasi pertama akan diaplikasikan pada model hibrid, dan dihasilkan dalam bentuk struktur panel solar silikon yang disepasukan dalam bumbung kereta standard. Sistem ini mampu mengecas 30-60 peratus bateri sepanjang hari normal, bergantung keadaan cuaca dan faktor alam sekitar.

Sistem generasi kedua ialah bumbung solar untuk kenderaan pembakaran dalaman, yang juga kali pertama menggunakan teknologi seumpama ini. Teknologi semi transparen boleh disepadukan dengan bumbung panoramik, yang membenarkan cahaya masuk ke dalam kabin, dan pada masa sama mengecas bateri kenderaan. Sistem pengecasan solar untuk kenderaan konvensional dapat membantu menghasilkan kenderaan yang kurang menghasilkan pencemaran CO2.

Akhir sekali, sistem generasi ketiga yang buat masa ini diuji dan direka untuk bateri EV dan aka dimuatkan pada bonet dan bumbung kenderaan tersebut bagi memaksimumkan output tenaga.

“Pada masa depan, kami jangka ada banyak jenis teknologi jana elektrik berbeza yang disepadukan pada kenderaan kami. Bumbung solar ialah yang pertama untuk teknologi ini dan automobil tidak lagi pasif dalam menggunakan tenaga, tetapi akan mula menghasilkannya secara aktif,” kata Naib Presiden Eksekutif Divisyen Kejuruteraan dan Rekabentuk Hyundai Motor Group, Jeong-Gil Park yang juga membangunkan teknologi tersebut.

BACA >>> Hyundai Patenkan Visor Matahari dengan Indikator Lampu Isyarat

“Ini ialah pembangunan yang mengujakan bagi kami, merekabentuk teknologi untuk pemilik kenderaan dalam membantu mereka beralih daripada pengguna tenaga kepada penghasil tenaga,” katanya lagi.

Teknologi generasi pertama akan dilancarkan selepas 2019 dan akan membantu pengeluar itu memenuhi sasaran peraturan global dan menambah baik kecekapan bahan api.

Auto Terkini Bumbung Solar EV hyundai Jeong-Gil Park Kenderaan Elektrik (EV) Kia Panel Solar Roda4 teknologi automotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Polisi BDR Penjawat Awam, Kurangkan Subsidi RM4.2 Juta

28/05/2026
Auto Terkini

Rider Makanan Tertekan, Tempahan Merosot Sejak Awal Tahun

28/05/2026
Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
Auto Terkini

Bukan Puspakom Sahaja Boleh Periksa Kenderaan, JPJ Buka Lapan Pusat Pemeriksaan Baharu Tukar Nama Kereta

26/05/2026
Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
Auto Terkini

MOT Lulus Lapan Cawangan PPKM Baharu Bagi Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan

26/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

By Shazwan Hisam25/05/2026
Denza B8 2026
PHEV

Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

By Syafie22/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Ferrari HC25 2026
Roda4

Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

By Abang Hirata18/05/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.