• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Santa Fe (2019) Baharu Kini di Pasaran Malaysia, Harga Mula RM169k

Hyundai Santa Fe (2019) Baharu Kini di Pasaran Malaysia, Harga Mula RM169k

May 29, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

767
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI Santa Fe baharu generasi keempat melakukan debut pasaran tempatan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS), November lalu.

Pada majlis berbuka puasa Hyundai Sime-Darby Motors, wakil pengeluar itu mempertontonkan Santa Fe baharu yang didatangkan dalam empat varian pada harga bermula RM169,888.

1. ENJIN

Ada 2 pilihan enjin ditawarkan Santa Fe baharu:

  • 2.4 MPI Theta II petrol - 170hp @ 6,000rpm | 225Nm @ 4,000rpm | Automatik 6-kelajuan
  • 2.2 CRDi diesel - 191hp @ 3,800rpm | 440Nm @ 1,750 - 2,750rpm | Automatik 8-kelajuan

BACA >>> #KLIMS2018: Hyundai Santa Fe Serba Baharu Debut, Tempahan Turut Dibuka

2. VARIAN DAN HARGA

  • Theta II 2.4 MPI Executive - RM169,888
  • Theta II 2.4 MPI Premium - RM189,888
  • R 2.2 CRDi Executive - RM191,888
  • R 2.2 CRDi Premium - RM211,888

* Harga pengenalan sah hingga Jun 2019, tidak termasuk cukai jalan dan insurans

BACA >>> Teaser Hyundai Santa Fe (2019) Versi Lakaran, Serius Cantik!

3. CIRI MEWAH

Dengan perbezaan harga RM20,000, varian Premium untuk Theta II 2.4 MPI  dan R 2.2 CRDi dilengkapkan ciri mewah seperti:

  • Amaran Penumpang Belakang (ROA), Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).
  • Teknologi LED untuk lampu utama adaptif, lampu belakang, dan lampu kabus, rim aloi 19 inci, sensor hujan, but kuasa elektrik.
  • Kerusi boleh laras 8-tetapan (penumpang depan) dan 10-tetapan (pemandu)
  • Papan pemuka kemasan kulit, paparan instrumen LCD TFT Supervision 7 inci, pengecas telefon wayarles, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Varian R 2.2 CRDi memiliki ciri khas seperti sistem pacuan semua roda (AWD) HTRAC Hyundai dan dipadankan bersama transmisi automatik 8-kelajuan  yang mampu memberikan 35 peratus hantaran tork kepada roda belakang (50 peratus dalam mod Sport). Selain Sport ada dua lagi mod pemanduan boleh dipilih: Normal dan Smart.

BACA >>> Honda CR-V Spesifikasi Eropah Paling Selamat, Penuhi Piawaian Keselamatan EU

4. CIRI KESELAMATAN

Ciri keselamatan standard terdiri daripada:

  • 6 beg udara
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM)
  • Kawalan Daki Bukit (HAC)
  • Kawalan Brek Turun Bukit (DBC)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Sistem Bantuan Brek (BAS)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Imobiliser

BACA >>> Mazda CX-5 (2019) Debut dengan Enjin Turbo untuk Pasaran Amerika - 250hp, 420Nm

5. WARANTI DAN SERVIS

Santa Fe baharu didatangkan dengan servis percuma 50,000km dengan had sah 3 tahun dan waranti 5 tahun atau 300,000km (yang mana tiba dulu).

GALERI

Artikel Berkaitan

767
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, hyundai, Hyundai Santa Fe (2019), Hyundai Santa Fe baharu, Hyundai-Sime Darby Motors, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), SUV, SUV kompak premium

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
    Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my