Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mazda CX-5 (2019) Debut dengan Enjin Turbo untuk Pasaran Amerika – 250hp, 420Nm
Roda4

Mazda CX-5 (2019) Debut dengan Enjin Turbo untuk Pasaran Amerika – 250hp, 420Nm

Han OthmanBy Han Othman12/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAZDA CX-5 (2019) melakukan debut enjin turbo baharu untuk pasaran Amerika Utara, sekali gus melegakan kritikan umum terhadap kenderaan utiliti sukan (SUV) tersebut.

CX-5 (2019) versi segar semula itu menawarkan opsyen enjin 4-silinder 2.5L pengecas turbo berkuasa 250hp dan tork 420Nm serendah rev 2,000rpm (dengan bahan api premium). Enjin digunakan itu ialah kali pertama ditawarkan untuk CX-9 dan juga Mazda6.

BACA >>> #PanduUji: Mazda CX-5 Diesel AWD yang Seksi, Seronok Dipandu dan Jimat!

Enjin aspirasi natural (NA) masih kekal ditawarkan sebagai enjin basis untuk varian Sport, Touring dan Grand Touring, manakala Grand Touring Reserve untuk versi turbo sahaja. Tetapi untuk lebih keseronokan memandu, menurut Mazda, semestinya enjin turbo baharu. Mazda juga masih berbangga untuk tidak menawarkan transmisi variabel berterusan (CVT), dengan mengekalkan kotak gear automatik 6-kelajuan.

SPORTY DIPERTINGKAT


Sistem pemvektoran tork unik, G-Vectoring Control Plus juga didatangkan sebagai ciri standard untuk semua varian CX-5 (2019). Sebagai tambahan, Mazda turut mengemas kini sistem suspensi dan stereng bagi meningkatkan tahap sporty dan kemewahan jenama tersebut.

BACA >>> 11 Fakta Tentang Mazda CX-5 (CKD) Serba Baharu yang Perlu Anda Tahu

Fungsi Apple CarPlay dan Android Auto juga siap diberikan, antara aduan yang banyak diterima pelanggan tentang ciri infotainment SUV tersebut. Ciri baharu lain termasuk cermin sisi boleh lipat, kluster tolok digital kustom, dan kerusi depan dengan ciri pengudaraan.

CX-5 (2019) akan berada di pasaran menjelang musim luruh ini juga untuk pasaran Amerika Utara dan juga ada tambahan varian baharu, Signature untuk versi paling premium dengan enjin turbo.Malaysia? Mungkin kena tunggu tahun depan.

GALERI
Crossover Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mazda CX-5 Mazda CX-5 (2019) Roda4 SUV turbo
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Suzuki Malaysia perkenal barisan model SUV baharu
Roda4

Naza Eastern Lancar Barisan SUV Suzuki Baharu, Perkenal Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus dan Fronx Sport

08/06/2026
Roda4

Ford Everest Baharu Dilancar di Malaysia, Ada Tiga Varian, Harga Mula RM316,888

08/06/2026
Auto Terkini

Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

05/06/2026
BYD Atto 3 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

05/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
Aksesori

#MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

By Shazwan Hisam04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.