Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Vietnam Lancar Winner X Facelift dengan Skema Warna Baharu, Harga RM8.2k
Auto Terkini

Honda Vietnam Lancar Winner X Facelift dengan Skema Warna Baharu, Harga RM8.2k

AryonBy Aryon11/09/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN ramai tidak perasan Honda Vietnam baru saja melancarkan Winner X versi dipertingkat (facelift) pada 22 Ogos lalu dengan rupa diperbaharui pada harga 45.99 juta dong (RM8,245).

Winner X facelift ini menampilkan tiga kemasan baharu, iaitu Matte Black, Sport dan Camo, manakala rekaan kosmetik utnuk versi Track tidak dinaik taraf. Selain perubahan kosmetik dari segi skema warna, Winner X masih mengekalkan rekabentuk sporty dengan badan lebar dan posisi belakang tinggi.

BACA >>> Jawapan BSH: Kenapa Honda Winner X Tak Masuk Malaysia?

Versi hitam-biru baharu dalam versi Sport di atas ini tidak banyak berubah dari segi warna luaran, masih menggunakan panel biru sama seperti model terdahulu. Honda juga masih mengekalkan signal capang yang tidak disukai penunggang Vietnam (siapa cakap Malaysia saja tidak suka?).

Terdahulu sebelum pelancaran, tercetus spekulasi yang Honda akan memperkenalkan ciri baharu seperti brek dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan fork terbalik (USD), tetapi nampaknya itu semua khabar angin belaka. Winner X facelift in masih mengekalkan fork teleskopik dan brek pulak masih ABS tunggal untuk roda depan.

Rekabentuk grafik direka semula lebih tajam dan sporty berbanding rekaan lama seperti Matte Black yang lebih monoton.

Panel fairing belakang memggunakan set baharu dengan dekal ‘Winner X’ putih, dan ada tambahan angka 150 di bawahnya yang mewakili enjin 150cc. Ini bermakna super moped ini masih menggunakan enjin sama berkuasa 15.4hp @ 9,000 rpm dan tork 13.5Nm @ 6,500 rpm, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.

BACA >>> #BikinMotor: Tukar Exciter 135 Jadi 135LC Versi Malaysia, Kos RM18k!

Paip Ekzos pada versi Sport untuk Winner X facelift ini sama seperti  model lama, tetapi versi Matt Black (foto atas)sedikit berubah dengan seksyen sepanjang ekzos dan lubang ekzos berwarna hitam kusam dan bukan perak.

Harga terbaharu Winner X facelift ini adalah lebih murah 6-8.3 juta dong (RM1,075-RM1,490) daripada harga cadangan Honda Vietnam. Harga paling rendah ialah versi Sport, iaitu 37.7 juta dong (RM6,750), manakala versi Sport dijual pada harga 43.99 juta dong (RM7,885).

Harga sebenar Winner X facelift ialah 10 juta dong (RM1,790) lebih murah daripada pesaingnya Yamaha Exciter 150 (Malaysia: Y15ZR) yang berharga 47-49 juta dong (RM8,430-RM8,785). Bagaimanapun, kapcai Yamaha itu biasanya dijual pengedar di sana pada harga lebih tinggi. Sama sajakan dengan pengedar di Malaysia. Hmmm….

BACA >>> Honda Vietnam Lancar Air Blade (2020) Gaya Winner X + ADV 150

GALERI
Sport Version
Sport Version
Sport Version
Sport Version
Camo Version
Camo Version
Sport Version ABS
Matte Black Version

SUMBER: Zingnews.vn

Auto Terkini Honda Vietnam Honda Winner X Honda Winner X (2020) Kapcai roda2 super moped Vietnam
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
    Auto Terkini

    BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

    14/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026

    1 Comment

    1. Zanaol Fitri Bin Yusoff on 13/09/2020 16:00

      Bila nak masuk Malaysia

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.