• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Vietnam Lancar Air Blade (2020) Gaya Winner X + ADV 150

Honda Vietnam Lancar Air Blade (2020) Gaya Winner X + ADV 150

December 16, 2019 By AI Leave a Comment

741
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASARAN Vietnam menerima skuter Honda Air Blade (2020) serba baharu dengan menampilkan perubahan signifikan pada bahagian fasia dan badan menerusi gaya dan rekaan grafik lebih maskulin.

Bahagian lampu menggabungkan rekabentuk Winner X dan ADV 150 yang langsung menukarkan penampilan terdahulu daripada gaya elegan kepada sporty dan agresif.

BACA >>> Vietnam Lancar Honda Air Blade 125 (2019) Serba Baharu, Kini Lebih Maskulin dan Trendy

Honda Air Blade (2019)
Honda Air Blade (2020)

Air Blade (2020) didatangkan dalam dua pilihan enjin 4-lejang silinder tunggal 125cc dan 150cc penyejukan cecair dengan angka kuasa seperti berikut:

  • Air Blade 125 - 11.2hp @ 8,500rpm | 11.68Nm @ 5,000rpm
  • Air Blade 150 - 12.8hp @ 8,500rpm | 13.3Nm @ 5,000rpm

Panel meter jenis digital penuh memaparkan maklumat lengkap seperti spidometer, odometer, baki minyak dan jam digital serta indikator ABS, lampu suluh tinggi, signal belok, suhu enjin dan henti lahu.

Posisi tangki minyak kini di depan seperti PCX 150 dan ADV 150, manakala bahagian belakang tidak banyak berubah, sama seperti model lama. Sistem henti Air Blade (2020) kekal menggunakan brek cakera dengan kaliper piston tunggal dalam opsyen brek kombi (CBS) untuk 125cc dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk 150cc.

Kedua-dua varian turut diberikan sistem kunci pintar Honda Smart Key yang membolehkan penunggang menghidupkan enjin tanpa menggunakan kunci.

Ruang simpanan bawah pelana bersaiz 22.7 liter, bertambah 0.9 liter berbanding model terdahulu, manakala kapasiti tangkit minyak 4.4 liter. Turut disediakan ialah soket pengecas 12v untuk memudahkan pengguna mengecas telefon pintar mereka.

Ada 5 pilihan warna berbeza ditawarkan untuk setiap varian. Identiti khas Air Blade 150 ialah semua varian itu berwarna perak pada panel frem sisi (kecuali Special Edition).

BACA >>> Penangan Winner X, Yamaha Exciter Vietnam Kini Lebih Murah daripada Harga Cadangan

GALERI
Honda Air Blade 125
Honda Air Blade 125
Honda Air Blade 125
Honda Air Blade 125
Honda Air Blade 125
Honda Air Blade 150
Honda Air Blade 150
Honda Air Blade 150
Honda Air Blade 150
Honda Air Blade 150

Artikel Berkaitan

741
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda Air Blade (2020), Honda Air Blade 125 (2019), Honda Air Blade 150 (2020), Honda Vietnam, roda2, skuter, skuter 125

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
    #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my