Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Vietnam Lancar Dua Varian CBR1000RR-R, Harga Mula RM172k
Roda2

Honda Vietnam Lancar Dua Varian CBR1000RR-R, Harga Mula RM172k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Vietnam tidak menunggu lama untuk memperkenalkan superbike CBR1000RR-R untuk menemui pelanggan di sana dalam dua pilihan varian:

  • CBR1000RR-R Fireblade – 949 juta dong (RM172,239)
  • CBR1000RR-R Fireblade SP – 1.049 bilion dong (RM190,388)

Di pasaran tempatan, model itu akan berentap dengan:

  • BMW S 1000 RR – 949 juta dong – 1.099 bilion dong (RM172,240 – RM199,4630)
  • Ducati Panigale V4 S – 992 juta dong – 1.1 bilion dong (RM180,040 – RM199,650)

Vietnam adalah antara negara paling awal menerima jentera satu liter ini ketika dunia masih bergelut dengan krisis pandemik Covid-19. Sekadar makluman, Malaysia ialah negara pertama Asia menyambut CBR1000RR-R pada Disember lalu yang membuat debut pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019.

Terdahulu, Honda Japan mengumumkan penangguhan kiriman CBR1000RR-R ke beberapa pasaran dunia disebabkan Covid-19. Malah turut memanggil balik model tersebut di Eropah akibat masalah konrod.

BACA >>> Ducati Serah Superleggera V4 Kepada Pembeli Pertama

Rekabentuk CBR1000RR-R memang agresif dengan banyak lekuk tajam pada fairing depan, sisi dan bentuk ekor belakang. Lampu signal belok masih dipasangkan pada perumah cermin pandang sisi.

Honda menggabungkan signal belok dengan cermin pandang sisi bermula pada model edisi 2008. Sebelum itu, lampu signal belok diposisikan pada bahagian tepi motosikal iaitu di sebelah batang fork. Set lampu depan dan belakang  jenis LED. Lampu belakang jenis capang pula disepadukan pada komponen pemegang nombor plet yang terpisah daripada lampu belakang.

Badan dipasangkan spoiler dan winglet untuk membantu meningkatkan kestabilan ketika menunggang laju. Frem CBR1000RR-R dibuat daripada aluminium dan tambahan ekzos Akrapovic membantu mengekalkan berat jentera pada 201kg (termasuk minyak enjin dan petrol).

Model edisi 2020 ini memiliki dimensi 2,100mm, lebar 745mm dan tinggi 1,140mm. Jarak roda pula 1,445mm dengan kelegaan bumi 115mm. Pelana setinggi 830mm ini dikatakan cukup selesa untuk mereka yang memiliki ketinggian 170sm untuk menikmati kawalan pengendalian terbaik.

Sebahagian besar tetapan dan kawalan fungsi superbike ditempatkan pada konsol kawalan di bar hendal sebelah kiri, manakala maklumat tunggangan tertera pada paparan skrin 5 inci berwarna di depan penunggang.

Model standard CBR1000RR-R dipasangkan sistem suspensi Showa, manakala versi SP diberikan unit Ohlins boleh laras elektrik. Perincian lanjut mengenai superbike perdana Honda ini boleh dapatkan pada pautan INI.

BACA >>> Aprilia Lancar RSV4 RR, Tuono V4 1100 RR Misano Edisi Terhad, Cuma Ada 100 Unit

GALERI

SUMBER: Zingnews.vn

Honda Honda CBR1000RR-R Honda CBR1000RR-R Fireblade Honda CBR1000RR-R Fireblade SP Honda Vietnam roda2 superbike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.