Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Pertingkat Teknologi Keselamatan, Bakal Lancar Honda Sensing 360
Auto Terkini

Honda Pertingkat Teknologi Keselamatan, Bakal Lancar Honda Sensing 360

ShawkathBy Shawkath18/10/20211 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA bakal menaik taraf dan menambah baik teknologi bantuan pemandu termaju (ADAS) untuk model kenderaan jenama itu pada masa depan.

Dinamakan Honda Sensing 360, sistem keselamatan termaju itu menurut Honda akan menambah baik sistem keselamatan aktif sedia ada yang ditawarkan. Antara penambahbaikan dibuat adalah menambah beberapa lagi sensor baharu untuk membolehkan kenderaan ‘melihat’ dari segenap arah.

BACA >>> Apakah Itu Honda Sensing pada Honda CR-V (2017) – Power Sangat Ke?

Honda bakal menambah lima sensor radar gelombang, iaitu satu di  depan dan empat lagi di setiap penjuru kereta untuk mendapatkan pandangan sekeliling menerusi sistem teknologi Honda Sensing 360º.

Teknologi tersebut akan meluaskan keupayaan pengesanan di jalan raya selain menambah baik Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS) yang membolehkan ciri itu mengesan sebarang ancaman dari sudut lebih luas.

BACA >>> Inilah 5 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Honda City (2020) Serba Baharu
BACA >>> Kajian: Kenapa Ramai Pemandu Tak Guna Signal Belok?

Teknologi itu juga mampu meningkatkan kecekapan teknologi Amaran Trafik Lintas Depan (FCTW) kerana sensor baharu berkenaan akan meluaskan lagi sudut pengesanan ancaman atau bahaya.

Teknologi mitigasi perlanggaran tukar lorong pula akan membantu pemandu apabila kenderaan mengesan halangan dalam zon titik buta dengan memberikan amaran kepada pemandu atau menggerakkan stereng supaya masuk semula ke lorong asal.

Selain itu, Honda Sensing 360 juga membolehkan kenderaan menggunakan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) untuk menukar lorong secara automatik di lebuh raya dan ini boleh dilakukan dengan menggunakan tuil signal membelok.

BACA >>> Apakah Impak Kemalangan Begitu Teruk? Skor Trauma Hospital Catat Keputusan Mengejutkan

Tambahan sensor juga membolehkan kenderaan menggunakan ACC untuk menyesuaikan halaju secara automatik apabila memasuki kawasan selekoh jalan. Ini bertujuan melancarkan dan menjadikan pemanduan di kawasan selekoh lebih selesa untuk semua penumpang dan pemandu.

Honda Sensing 360 baharu akan diperkenalkan pada 2022 untuk barisan model yang akan dilancarkan di pasaran China. Ciri itu akan diluaskan untuk semua model Honda menjelang 2030.

BACA >>> Honda BR-V (2022) Serba Baharu, Canggih Lancar di Indonesia, Ada Honda SENSING
BACA >>> Benarkah Honda Lebih Baik daripada Toyota?
BACA >>> #FaktaAtauAuta: Benarkah Kenderaan Volvo Sangat Selamat?

SUMBER: CarScoops

honda sensing Honda Sensing 360 Roda4 Teknologi Keselamatan Aktif Teknologi Keselamatan Honda
Shawkath

Artikel Berkaitan

Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

‘Gong Xi Eid Bersama EON’ Tawar Diskaun hingga RM58k, Tempahan Serendah RM88

09/02/2026
Shall Malaysia sambut ulang tahun ke-135
Auto Terkini

Shell Malaysia Sambut Ulang Tahun ke-135, Tawar Hadiah Bernilai RM1.35 Juta

09/02/2026
OMODA | JAECOO Media Appreciation Night
Roda4

JAECOO J5 Didedah Menjelang Pelancaran, Harga Anggaran RM110k

08/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Dongfeng 007, Dongfeng VIGO Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM100k!

08/02/2026

1 Comment

  1. Mahadi Saran on 18/10/2021 19:51

    Letaklah nama apa pun… CRV saya dah lima bulan dalam bengkel sebab HONDA tak dapat nak setting radar dan kamera. Lima bulan untuk RADAR? Saya dah letih menunggu…
    #thepowerofdream
    #hondamalaysia

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.