Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Apakah Impak Kemalangan Begitu Teruk? Skor Trauma Hospital Catat Keputusan Mengejutkan
Autotainment

Apakah Impak Kemalangan Begitu Teruk? Skor Trauma Hospital Catat Keputusan Mengejutkan

Han OthmanBy Han Othman09/06/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

berapa-teruk-kemalangan
APA yang sebenarnya terjadi apabila anda dan kereta terlibat kemalangan jalan raya membabitkan perlanggaran atau rempuhan? Kenapa sesetengah pemandu mengalami cedera teruk sedangkan kemalangan yang dihadapinya nampak biasa sahaja?

Di bawah ialah ringkasan daripada kajian dilakukan pasukan penyelidik di Pusat Kajian Kemalangan Universiti Monash, Melbourne dengan kerjasama jabatan Kerajaan, pengeluar kereta, pihak insurans dan entiti lain di Australia tentang impak perlanggaran akibat kemalangan jalan raya yang menyebabkan kecederaan serius ke atas pemandu dan penumpang.

Keputusan diperoleh daripada lebih 390 kes kemalangan jalan raya yang diteliti secara terperinci mendedahkan beberapa fakta dan data yang mungkin dapat membuka mata anda tentang realiti kemalangan jalan raya.

LEMBUT VS KERAS

papan-pemuka-kemalangan
Sebaik sahaja duduk dalam kereta, lihatlah sekeliling kabin. Fikirkan tentang roda stereng, cermin depan, tingkap, papan pemuka dan pilar antara dua belah tingkap. Anda mungkin rasa kelajuan 30-40kmj sangat perlahan ketika memandu, tetapi tahukah anda itulah kelajuan tertinggi jika anda mengayuh basikal. Bayangkan satu serpihan kecil kaca menghentam kepala anda pada kelajuan tersebut. Kemalangan jalan raya memang tiada kompromi, jadi tidak hairan kenapa sudah berjuta-juta manusia maut akibat nahas yang berlaku.

APA BERLAKU APABILA ANDA KEMALANGAN?

Setiap perlanggaran berbeza dan ada banyak faktor yang mempengaruhi tahap parah sesuatu kecederaan, iaitu jenis perlanggaran (berguling, rempuhan hadapan dan lain-lain), kelajuan ketika berlanggar, apakah kereta anda ada beg udara, apakah anda memakai tali keledar, apakah anda pemandu atau penumpang, apakah anda dihentam objek keras atau kereta, dan banyak lagi.

Maklumat terkumpul berdasarkan bahagian tubuh badan yang cedera dalam pelbagai jenis perlanggaran dan bagaimana kecederaan itu berlaku, termasuk meneliti bahagian kereta mana yang menghentam tubuh mangsa. Hasil yang diperoleh diringkaskan seperti di bawah:

REMPUHAN 1 LAWAN 1 PALING KERAP BERLAKU

kemalangan-jalan-raya

Separuh daripada semua perlanggaran membabitkan rempuhan secara berdepan atau satu lawan satu, dan disusuli perlanggaran dengan objek keras, tidak bergerak dan sempit (seperti longkang). Tahap teruk kecederaan kemudian diukur dan keputusan yang diperoleh agak menakutkan. Bagi memudahkan perspektif anda, ukuran hospital bagi trauma major ialah skor 15 atau ke atas dan purata skor kajian kemalangan yang dilakukan ialah 14.6! Lelaki lebih cenderung cedera teruk berbanding wanita.

Kecederaan kepala dialami kira-kira 39 peratus mangsa dalam kajian, dengan kecederaan teruk ditanggung hampir separuh mangsa. Dua pertiga mangsa mengalami kecederaan dada dan separuh daripadanya parah. Secara purata, kebanyakan kes parah berlaku dalam perlanggaran impak berganda, sama ada kereta berguling dan rempuhan impak sisi.

5 JENIS PERLANGGARAN

Senarai di bawah adalah berdasarkan statistik kajian dilakukan pasukan penyelidik Australia. Ia mungkin berbeza dengan statistik di negara kita, tetapi sekurang-kurangnya dapat memberi gambaran mengenai bagaimana mangsa terbabit kemalangan.

  • Rempuhan belakang – Perlanggaran yang paling kerap berlaku di Australia. Inilah sebab mengapa tabiat mengekori rapat kenderaan hadapan begitu berbahaya.
  • Rempuhan sisi – Juga dipanggil ‘T-boned’.
  • Rempuhan hadapan – Dua kereta saling bertembung secara berdepan.
  • Terbabas di laluan lurus – Ini berlaku apabila pemandu memecut. Keletihan dan kebingungan (tidak fokus) juga penyebab masalah dan perlanggaran jenis ini kerap berlaku apabila pemandu melencong dari fokus sebenar atas jalan raya. Satu pertiga kemalangan pemandu lesen P berlaku tanpa melibatkan pihak ketiga – cuma anda dan objek untuk dihentam.
  • Terbabas di selekoh – Berpunca akibat memandu terlalu laju, termasuk keletihan dan kebingungan. Mangsa berdepan risiko merempuh objek tidak bergerak dalam perlanggaran jenis ini seperti pokok, tiang elektrik, dan lain-lain.

SUMBER: Road and Maritime Services

berapa teruk kemalangan impak kemalangan jalan raya
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

28/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

28/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

28/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

26/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

By Abang Hirata25/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.