• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Kenapa Ramai Pemandu Tak Guna Signal Belok?

Kajian: Kenapa Ramai Pemandu Tak Guna Signal Belok?

May 12, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENAPA ramai pemandu, termasuk penunggang motosikal, malas hendak menggunakan lampu signal belok ketika hendak menukar arah laluan?

Situasi tersebut memang boleh disaksikan hampir setiap masa di serata tempat. Senario lazim adalah ketika mahu menukar lorong pemanduan, keluar-masuk simpang atau bulatan, dan ketika hendak masuk petak parkir.

Sebenarnya masalah malas guna signal belok bukan masalah Malaysia saja, tetapi juga berlaku di negara lain dan tidak terkecuali negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) dan Britain. 

Firma insurans di AS, Response Insuranse pernah melakukan kaji selidik untuk menjawab persoalan mengenai kenapa pemandu tidak menghidupkan lampu signal belok? Berikut keputusan yang diperoleh:

  • 57 peratus tidak menyalakan signal belok ketika hendak membelok.
  • 42 peratus tiada masa menyalakan lampu signal belok.
  • 23 peratus mengaku malas.
  • 17 peratus tidak menyala lampu signal belok kerana selalu terlupa memadamkannya semula.
  • 12 peratus enggan guna kerana kerap membelok. 
  • 8 peratus beri alasan pengguna jalan lain pun tidak menyalakan lampu signal.
  • 7 peratus tidak guna lampu signal kerana mahu menambah keseronokan pemanduan.

* Jumlah jawapan melebihi 100 peratus kerana ada responden memberi lebih satu jawapan.

LELAKI LEBIH RAMAI TAK GUNA SIGNAL BELOK

Selain itu, kajian dilakukan Tinjauan Tabiat Memandu Kebangsaan Response Insurance (RINDHS) melibatkan 1,000 responden dewasa pula mendapati:

  • Lelaki (62%) lebih kerap terlupa menyalakan lampu signal belok ketika menukar lorong berbanding wanita (53%).
  • Pemandu muda 18-24 tahun (71%) kurang menggunakan lampu signal belok berbanding pemandu 55-64 tahun (49%).

Persatuan Jurutera Automotif (SAE) pula pernah melakukan kajian pada 2012 di kawasan lebuh raya negeri Ohio di AS dengan meneliti tingkah laku 12,000 pemilik kereta. Hasil diperoleh:

  • 48 peratus pemandu gagal menyalakan lampu signal ketika menukar lorong.
  • 25 peratus pemandu tidak menyalakan lampu signal ketika buat pusingan atau membelok.

Saintis, Dr John M Sullivan dari Institut Penyelidikan Pengangkutan Universiti Michigan berkata, pemandu akan bertingkah laku baik jika ada banyak kenderaan di sekeliling.

Jika memandu di jalan setempat dalam kawasan kejiranan yang kurang trafik, maka kekerapan menggunakan signal adalah rendah. Kita akan guna signal belok hampir lima kali ganda atau lebih di jalan utama atau kecil berbanding jalan raya setempat," katanya.

BACA >>> Kajian: 80 Peratus Pemandu Wanita Berumur Tidak Beri Signal di Simpang
BACA >>> #RetroAuto: Lampu Signal Belok Masih Kekal Guna Teknologi 40-an
BACA >>> Kajian: Lampu Siang (DRL) Buat Pemandu Keliru, Tidak Pasang Lampu Belakang Ketika Gelap

SUMBER: SAE | Insurance Journal | PubMed

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: lampu signal belok, Roda4, Sikap buruk pemandu, tahukah anda, tingkah laku pemandu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my