Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#FaktaAtauAuta: Benarkah Kenderaan Volvo Sangat Selamat?
Auto Terkini

#FaktaAtauAuta: Benarkah Kenderaan Volvo Sangat Selamat?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/05/2021
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR automotif dari Sweden, Volvo sudah berada dalam pasaran kereta sejak 1927. Sejak awal penubuhan, syarikat itu terkenal dengan reputasi sebagai peneraju dalam aspek ciri keselamatan kenderaan.

Bagaimanapun, adakah Volvo benar-benar layak memegang takhta kereta paling selamat? Artikel ini akan menelusuri sejarah syarikat itu dan melihat sejauh mana produk Volvo mendapat tempat dalam senarai rating Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) Top Safety+ Picks.

FOKUS VOLVO KEPADA KESELAMATAN

Nils Bohlin

Aspek keselamatan sudahpun menjadi fokus utama Volvo sejak pembuatan awal kereta jenama itu. Antara inovasi terawal diperkenalkan ialah cermin lamina yang tidak akan berkecai apabila pecah. Ciptaan itu direka pada 1944.

Pada 1950-an, jurutera Volvo, Nils Bohlin mencipta tali keledar 3-poin pertama dunia, dan ciptaan itu digunakan semua kenderaan Volvo pada 1959. Pengeluar itu juga berkongsi hak paten teknologi tersebut secara percuma bagi membenarkan pengeluar lain turut dapat meningkatkan ciri keselamatan kereta masing-masing. 

Volvo juga bertanggungjawab menghasilkan kerusi kanak-kanak hadap belakang pada 1964 yang diilhamkan daripada gambar angkasawan bersandar ketika berlepas. Pengeluar itu turut menghasilkan sendiri kerusi buster kanak-kanak pada 1978.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Volvo yang Berikan Hak Paten Ciptaan Tali Keledar 3-Poin untuk Semua
BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah Kerusi Kanak-Kanak yang Anda Perlu Tahu

VOLVO MENGUBAH LANDSKAP KESELAMATAN KERETA 1990-AN

Pada era 1990-an, Volvo memperkenalkan Sistem Perlindungan Impak Sisi yang berfungsi menyerap sebahagian impak perlanggaran kepada sangkar keselamatan (safety cage), antara teknologi keselamatan Volvo paling dikenali dan kemudian menjadi ciri standard produk kenderaan jenama itu.

Volvo juga pengeluar pertama memperkenalkan beg udara sisi, iaitu pada 1995. Pada 1998, syarikat itu memasangkan beg udara pelindung kepala dan memperkenalkan Sistem Perlindungan Cambuk (Whiplash) yang direka untuk melindungi tulang leher penumpang depan apabila berlaku perlanggaran.

BACA >>> Volvo XC40 Recharge – SUV Elektrik Penuh Pertama Dunia Dapat Rating TSP+

INOVASI KESELAMATAN BERTERUSAN VOLVO

Teknologi Run-Off Road Protection diperkenalkan pada 2014 untuk melindungi penumpang kenderaan utiliti sukan (SUV) XC90 dalam situasi kemalangan off-road. Ciri itu menggabungkan sistem perlindungan golek, teknologi titik buta dan brek automatik halaju rendah dan pengesan pejalan kaki.

VOLVO SASAR KEMATIAN SIFAR MENERUSI KEMPEN ‘MILLION MORE’

Volvo terus maju dalam aspek keselamatan dengan mengehadkan halaju maksimum untuk model baharu jenama itu kepada hanya 180kmj melalui teknologi Care Key. Teknologi tersebut direka untuk membantu pemandu muda dan kurang pengalaman.

Pengeluar itu juga berusaha meletakkan kamera menghadap pemandu untuk mengenal pasti isu pemandu kurang berkemampuan ataupun tidak fokus.

BACA >>> Volvo Jatuhkan 10 Kereta Baharu dari Kren untuk Asah Skil Kru Penyelamat
BACA >>> Semua Kereta Volvo Cuma Boleh Pecut Maksimum 180kmj Sahaja!

ADA 15 VOLVO DALAM SENARAI KESELAMATAN TERBAIK IIHS 2021

Model disenaraikan dalam IIHS adalah kereta yang mendapat rating terbaik dalam semua aspek keselamatan. Kejayaan Volvo mendapat 15 tempat dalam senarai tersebut sudah cukup membuktikan kehebatan pengeluar itu dalam menyediakan ciri keselamatan terbaik kepada pengguna.

KESIMPULAN

Walaupun pengeluar lain pun turut mempunyai ciri keselamatan yang tidak kurang hebat, Volvo terus menerajui industri secara kekal konsisten menghasilkan pelbagai ciptaan dan inovasi baharu. Jadi, jika anda salah seorang pengguna yang mementingkan keselamatan, Volvo sememangnya pilihan terbaik.

Apa kata anda?

BACA >>> Volvo S90 Recharge T8 (2021) Kini di Malaysia, Harga RM339k!
BACA >>> Volvo Tambah Waranti Kereta Hingga Lima Tahun, Tanpa Had Perbatuan

SUMBER: MotorBiscuit.com

Auto Terkini autotainment ciri keselamatan Fakta atau Auta IIHS IIHS Top Safety+ Picks Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) Nils Bohlin Volvo
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Kia Seltos 2026
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

13/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.