Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volvo S90 Recharge T8 (2021) Kini di Malaysia, Harga RM339k!
Auto Terkini

Volvo S90 Recharge T8 (2021) Kini di Malaysia, Harga RM339k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLVO Car Malaysia (VSM) hari ini melancarkan model S90 Recharge T8 (2021) dengan mengemas kini kemasan luaran, dalaman, ciri keselamatan dan teknologi baharu, serta dijual pada harga atas jalan RM339,315 selepas pengecualian cukai jualan tanpa insurans.

S90 Recharge T8 (2021) ialah sedan hibrid plug-in (PHEV) premium yang menampilkan ciri kemewahan dan keselamatan untuk memberikan pengalaman pemanduan unggul. Model ini dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Produk Berskala (SPA).

Berikut ciri menarik S90 Recharge T8 (2021):

  • Datang dalam lima pilihan warna iaitu Crystal White (putih), Platinum Grey (kelabu), Onyx Black (hitam), Thunder Grey (kelabu) dan Bright Silver (perak).
  • Dijana trenkuasa Volvo baharu Drive-E dengan enjin 4-silinder T8 Twin dan bateri litium-ion boleh cas semua yang mampu meledakkan kuasa 407hp dan tork 640Nm serta dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan dengan Geartronic.
  • Lampu depan LED gaya ‘Tukul Thor’ dipadankan bersama gril dengan jejaring vertikal dan logo ‘Volvo Iron Mark’. Lampu belakang pula menampilkan rekaan mirip S60 T8 R-Design. 
  • Sistem suspensi menggunakan double wishbone di depan dan gandar bersepadu (integral axle) di belakang.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Suspensi Double Wishbone, Kenapa Lebih Superior?

  • Ruang kabin dilengkapi unit infotainment dengan ciri Volvo Sensus, terdiri daripada dua port USB depan untuk sambungan Apple CarPlay dan Android Auto serta skrin sentuh 9 inci bentuk potret. 
  • Kluster instrumen digital jenis paparan adaptif TFT 12.3 inci, dan turut dilengkapi paparan dongak (HUD) dan stereng kulit. 
  • Kerusi menggunakan kemasan kulit Nappa dengan sokongan lumbar 4-tetapan.
  • Sistem bunyi mendapat khidmat Bowers & Wilkins yang dinaik taraf dengan 19 pembesar suara Nautilus. Juga didatangkan dengan opsyen mod bilik seperti dewan konsert dan mod bunyi, Jazz Club. 

  • Ciri keselamatan dilengkapi sistem Intellisafe, terdiri daripada Sistem Informasi Titik Buta (BLIS), Keselamatan Bandar (City Safety), Amaran Trafik Lintas (CTA), Sokongag Mitigasi dan Amaran Depan dan Belakang, Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Pilot, had kelajuan 180kmj dan ciri lain. 

BACA >>> Volvo S90 T8 Twin Engine Inscription (2017) Versi CKD – 407hp, 640Nm, Harga RM368,888
BACA >>> #RetroAuto: Kenapa Volvo Begitu Sentimental dengan Udang Krai?

Roda4 Sedan Sedan PHEV Volvo VOLVO Car Malaysia (VCM) Volvo Cars Malaysia Volvo S90 volvo s90 recharge t8 Volvo S90 Recharge T8 (2021)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    08/05/2026
    Auto Terkini

    Lexus TZ, BEV Berkotak Dengan 3 Baris Kerusi, Jarak 530 km

    08/05/2026
    Roda4

    Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey Cipta Rekod di Nürburgring!

    08/05/2026
    Roda4

    Audi Q5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM352,990

    08/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.