Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda RC213V Cuba Tiru Yamaha M1?
Auto Terkini

Honda RC213V Cuba Tiru Yamaha M1?

AryonBy Aryon11/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA nampaknya bekerja keras untuk meningkatkan prestasi jentera RC213V selepas gagal meraih podium dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 setakat ini.

Antara masalah dihadapi Honda adalah kelemahan traksi tayar belakang, jentera tidak stabil ketika memasuki selekoh dan terlalu perlahan apabila hendak keluar selekoh. Ini membuatkan pelumba Honda gagal menyaingi pasukan lain yang lebih lincah dan pantas.

Jadi tidak hairanlah ayam tambatan Honda, Marc Marquez mengakui gembira dengan prestasi RC213V dalam aksi GP Catalunya lalu walaupun dia tersungkur seawal lap ke-10. Ini sebelum insiden itu berlaku, RC213V nyata mampu menyaingi ketangkasan dan kelajuan jentera lawan lain.

BACA >>> Marquez: 7 Lap Terbaik Lebih Bagus daripada Tamatkan Perlumbaan Tempat ke-12
BACA >>> Honda RC213V-S – Motosikal Lumba Versi Jalanan Paling Mahal di Dunia

Namun, apa menarik perhatian adalah penampakan unit salur udara (air duct) RC213V yang kelihatan seakan komponen Yamaha YZR-M1. Komponen tersebut didapati berbentuk vertikal, dan bukan horizontal seperti jentera Honda sedia ada

Sebenarnya dalam sesi tunggang uji Isnin lalu, Honda mengambil kesempatan memasang beberapa unit fairing baharu untuk diuji dan antara komponen baharu itu ialah salur udara seakan Yamaha M1.

Marquez berkata;

Dari segi pecutan, kami tak boleh dapatkan grip, dan kat selekoh pula kami tak boleh nak brek sebab tayar belakang pun tak ada grip. Jadi ada dua masalah berbeza di dua bahagian berbeza. Aku rasa penyelesaiannya boleh buat dengan cara yang sama.”

Salur udara Honda RC213V musim ini dalam bentuk horizontal atau leper.

Marquez juga berpuas hati dengan keadaan fizikalnya yang mampu melakukan 87 pusingan pada Isnin lalu. Lagi, menjawab persoalan salur udara seperti Yamaha M1, dia menjelaskan;

Kami cuba banyak benda macam yang korang nampak, fairing hitam. Itu semua perubahan besar, tapi ini bukan prototaip (2022). Maksudnya motor ni masih sama macam apa yang aku ride sekarang. Enjin dan semua masih sama. Sikit je berbeza macam balancing.

“Kami cuba faham beberapa konsep untuk masa depan. Kami harap kami ada masa nak kerja lebih pada ujian akan datang kat Misano.”

“Salah satu yang kami buat ialah pakej aerodinamik sebab kami masih ada sekali peluang untuk homologasi. Ikutkan bezanya sikit je, dan kami akan cuba untuk dapat dua pakej berbeza untuk dua trek dan mungkin akan buat winglet berbeza supaya motor lebih laju untuk trek yang tak sama karakter.”

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah ‘Flag-to-Flag’ dalam MotoGP?
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Kecederaan ‘Arm Pump’ dalam MotoGP yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Rossi Pandu Kereta F1, Hamilton Tunggang Yamaha M1!

Auto Terkini Honda RC213V Marc Marquez MotoGP 2021 Yamaha YZR-M1
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.