• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda RC213V-S - Motosikal Lumba Versi Jalanan Paling Mahal di Dunia

Honda RC213V-S - Motosikal Lumba Versi Jalanan Paling Mahal di Dunia

January 2, 2017 By Azhan O 6 Comments

4.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBENARNYA bukan kereta eksotik saja yang menambat hati si hartawan yang tidak tahu apa mahu dilakukan dengan duit mereka yang bertimbun-timbun. Motosikal pun apa kurangnya. Honda pada 2015 misalnya, pernah memperkenalkan motosikal lumba versi atas jalan yang dijual pada harga AS$184,000 (RM825,423)!

Honda RC213V-S dihasilkan berasaskan motosikal Honda yang menempah kejuaraan dalam perlumbaan MotoGP dan berkongsi hampir 80 peratus barang dan alat ganti  yang sama seperti jentera yang digunakan dalam trek.

BACA >>> Honda RC 213V-S Pertama Dijual di eBay - RM1.17 Juta dalam Kondisi Serba Baharu

Antara komponen biasa yang ada ialah swingarm besar, absorber Öhlins, klac gelincir, roda magnesium dan kaliper brek Brembo dengan brek cakera Yutaka. Motosikal versi jalanan itu turut menampilkan frem aluminium, tangki petrol bawah kerusi dan struktur badan plastik bersama gentian karbon diperkuat yang tidak ubah seperti motosikal lumba sebenar.

Trenkuasa RC213V-S pula bersesaran 999cc V4 yang dipadukan dengan kotak gear 6-kelajuan yang hampir menyamai versi lumba, cuma spring injap pneumatik digantikan dengan spring keluli. Hasilnya, kelajuan enjin dikurangkan, tetapi ditawarkan pula opsyen kit sport yang mampu melonjakkan jentera itu kepada 212hp @ 13,000rpm.

EDISI TERHAD, CUMA 200 UNIT

https://1.bp.blogspot.com/-fcoVudBjdi8/VjhwhFg-HII/AAAAAAAAPSc/IhxVbM_Kb_8/s1600/Honda-RC213V-S-1.jpg
https://a1.fssta.com/content/dam/fsdigital/fscom/MOTORS/images/2015/06/16/061615-motor-2016_RC213V_S__4_.vadapt.955.high.0.jpg

Bagaimanapun, tanpa kit sport, kuasa enjin standard mampu mencapai kuasa 156hp @ 11,000rpm. Di Amerika Syarikat, disebabkan penetapan had bunyi bising, putaran enjin RC213V-S dihadkan kepada 8,000rpm yang memberikan kuasa 101hp. Masih lagi berkuasa bukan? Ciri lain yang turut dibekalkan ialah mod kuasa boleh laras dan kawalan brek-enjin, serta sistem kawalan traksi berasaskan perlumbaan.

Apa lagi mahu dikatakan, RC213V-S memang termasuk dalam senarai motosikal sah ditunggang atas jalan yang paling mahal pernah dihasilkan oleh pengeluar utama dengan menumpaskan dua model paling mahal ketika itu, Ducati 1199 Panigale Superleggera, AS$65,000 (RM291,589) dan Kawasaki H2R, AS$50,000 (RM224,299).

BACA >>> Honda Hadiahkan Pedrosa dengan RC213V dan RS250 Sebagai Tanda Terima Kasih

Hanya 200 unit dikeluarkan.

GALERI
https://1.bp.blogspot.com/-fcoVudBjdi8/VjhwhFg-HII/AAAAAAAAPSc/IhxVbM_Kb_8/s1600/Honda-RC213V-S-1.jpg
https://a1.fssta.com/content/dam/fsdigital/fscom/MOTORS/images/2015/06/16/061615-motor-2016_RC213V_S__4_.vadapt.955.high.0.jpg

SUMBER: FoxNews.com

Artikel Berkaitan

4.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda RC213V0-S, motosikal termahal, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my