Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Masih Komited Bangunkan Teknologi Enjin Hidrogen untuk Motosikal
Auto Terkini

Honda Masih Komited Bangunkan Teknologi Enjin Hidrogen untuk Motosikal

AryonBy Aryon10/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA 2017, Honda dikhabarkan bekerjasama dengan Nissan dan Toyota untuk menghasilkan teknologi sel bahan api. Kemudian, pada penghujung tahun itu, satu paten motosikal sel bahan api Honda didedahkan yang jelas menunjukkan kerjasama bertiga itu kini sudah membuahkan hasil.

Bagaimanapun, selepas itu tiada lagi khabar berita mengenai model konsep dengan teknologi bahan api tersebut dibangunkan Honda hingga sekarang.

BACA >>> Polis London Uji Skuter Hidrogen – Suzuki Burgman

 

Terkini, satu permohonan paten baharu daripada Honda diterbitkan pada 9 April lalu yang memperincikan sistem ambilan udara untuk motosikal dikuasakan sel bahan api, membuktikan perkembangan Honda dalam memajukan idea tersebut. Paten tersebut menjelaskan bagaimana salur ambilan udara di depan enjin dan sisi jentera, dimuatkan di sebalik fairing, akan menghirup udara sebelum mengalir menerusi unit sel bahan api.

Salur udara itu akan direka dengan apa yang dinamakan paten itu sebagai ‘titik ubah’ (turning point), dengan debu dan air akan dihimpunkan untuk mengelak memasukan dalaman enjin motosikal. Udara akan bekerja menerusi unit sel bahan api itu dan disalur keluar ke belakang dengan bantuan kipas terbina dalam.

BACA >>> Firma Israel-Australia Bangunkan Bahan Api Berasaskan Air, Emisi Sifar Jadi Realiti?

Paten itu mencadangkan kenderaan menggunakan rekabentuk kluster dwi lampu utama, tanpa cermin depan, dan dipasangkan pada frem kradel. Tangki hidrogen akan diletakan bawah pelana, manakala kuasa disalurkan ke roda belakang menggunakan mekanisme hab khas berbanding tali sawat atau rantai.

FASILITI STESEN ISI JADI ISU

Masih sukar mengetahui sama ada jentera berenjin sel bahan api hidrogen mampu berdaya maju atau sebaliknya, tetapi ia sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.

Dari segi lain, status hidrogen sebenarnya sama seperti bahan api biasa. Kita perlu berhenti, isi dan bergerak. Kelebihan bahan api ini ialah isian dilakukan lebih pantas daripada model elektrik yang memerlukan masa minimum setengah jam.

Namun, apa yang perlu dipertimbangkan ialah usaha membangunkan stesen hidrogen. Malah usaha penghantaran hidrogen asli juga berisiko tinggi. Malah, berita terbaharu yang melaporkan empat gergasi motosikal di Jepun sedia membangunkan piawaian baharu teknologi bateri yang standard dan boleh ditukar ganti atau beli, peluang untuk teknologi hidrogen ini semakin sukar mendapat tempat.

BACA >>> Honda, Yamaha, Kawasaki dan Suzuki Akan Bekerjasama Tetapkan Standard Motosikal EV

Mungkin kelebihan yang ada ialah ciri mesra alam ditawarkan bahan api jenis ini.

SUMBER: RideApart

Auto Terkini Fuel Cell Hidrogen Honda paten roda2 Sel Bahan Api teknologi Teknologi Sel Bahan Api
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.