Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Malaysia Tayang Civic Facelift dengan Kemas Kini Signifikan, Gaya Lebih Sporty
Roda4

Honda Malaysia Tayang Civic Facelift dengan Kemas Kini Signifikan, Gaya Lebih Sporty

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMPENA karnival ‘Road to 900,000th Unit Milestone Campaign’ yang berlangsung hujung minggu lalu, Honda Malaysia sempat mempamerkan Honda Civic facelift sebelum pelancaran rasmi ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Bagaimanapun ruang kabin ditutup rapi dengan  cermin gelap sepenuhnya.

Seperti dapat dilihat, rupa luaran menerima kemas kini minor. Bahagian depan kali ini tampil dengan gril hitam dan bukan krom seperti sebelumnya. Bawah bampar depan pula ada spliter hitam.

BACA >>> Honda Civic (2019) Tambah Varian Baharu, Honda Sensing Kini Jadi Ciri Standard

Bampar belakang diberikan kemasan baharu pada lid bawah, manakala spoiler kini lebih besar. Honda juga berbesar hati memberikan rim aloi 18-inci hitam, tetapi khas untuk varian 1.5 TC-P sahaja. Pihak media juga diberikan peluang istimewa untuk melihat rupa kabin Civic facelift.

Sebagai respons kepada pelanggan, Civic facelift disediakan punat penyaman udara di bawah skrin sentuh. Sebelum ini, pengguna perlu mencari di bahagian menu skrin sentuh yang jelas kurang mesra pengguna. Selain itu, kemasan kerusi depan kini bercorak baharu di bahagian tengah penyandar.

BACA >>> Tempahan Toyota Corolla Altis Facelift Dibuka – 7 Beg Udara Standard Semua Varian

Honda Malaysia turut melengkapkan Civic facelift dengan ciri bantuan pemandu Honda Sensing, sama seperti CR-V dan Accord. Ciri Honda Sensing ini datang dengan pakej keselamatan seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan ciri ikut pandu halaju rendah, Low Speed Follow (LSF), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Mitigasi Masuk Lorong (RDM) dan Amaran Masuk Lorong (LDW).

Tidak ketinggan ciri lampu suluh tinggi automatik (AHB) dan sistem kamera sisi Lane Watch. Civic facelift turut dilengkapi ciri baharu seperti sensor parkir depan, wiper automatik dan kerusi belakang boleh lipat 60:40. Namun, bahagian trenkuasa masih kekal dengan enjin 4-silinder 1.5L VTEC Turbo (171hp/220Nm) dan 1.8L SOHC (139hp/174Nm).

BACA >>> Tempahan Honda Civic (2019) Facelift dengan Honda Sensing Kini Dibuka!
BACA >>> Jika Benar Honda Civic Type-R Jadi Kereta Polis, Memang Mantap Habis!!!

GALERI
Honda Honda Civic Honda Civic (2019) Honda Civic 1.5 VTEC Turbo Hatchback Honda Civic facelift Honda Civic facelift 2019 Honda Malaysia Roda4 sedan segmen-C
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.