Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Malaysia Naik Taraf Pakej Insurans HiP Eksklusif Buat Semua Pemilik Honda
Auto Terkini

Honda Malaysia Naik Taraf Pakej Insurans HiP Eksklusif Buat Semua Pemilik Honda

SyafieBy Syafie02/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HONDA Malaysia melancarkan Honda Insurance Plus (HiP) yang dinaik taraf dengan menyediakan pelan insurans terbaik secara eksklusif untuk semua pemilik Honda, bermula 1 Julai ini.

Pakej HiP baharu ini menawarkan gabungan tiga faedah, iaitu:

  • Perkhidmatan tunda dengan perbatuan tanpa had.
  • Pembayaran penuh hingga 15 tahun.
  • Perlindungan penuh baik pulih kemalangan hingga 13 tahun.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata;

Sejak diperkenalkan pada 2022, HiP menyediakan perlindungan menyeluruh selaras slogan ‘Maximise Coverage, Maximise Smiles‘ dalam meningkatkan pengalaman inklusif kepada pemilik Honda.”

“Pakej HiP yang dinaik taraf ini adalah bukti komitmen kami untuk memenuhi keperluan pasaran dan memastikan pelanggan dapat menikmati faedah maksimum.”

“Pelan ini tidak hanya menyediakan perlindungan, tetapi juga perkhidmatan kecemasan dan faedah simpanan untuk pelanggan sedia ada dan pelanggan baharu.

Ada tiga teras utama dalam pakej HiP yang dinaik taraf, iaitu penyelamatan, perlindungan, dan penjimatan. Berikut perincian setiap teras tersebut:

1. Penyelamatan

  • Perkhidmatan tundaan tanpa had perbatuan untuk kemalangan, kerosakan, dan banjir.
  • Perkhidmatan baik pulih tepi jalan hingga RM200 (tidak termasuk alat ganti).
  • Pasukan penyelamat 24 jam dan tujuh hari seminggu (24/7) yang siap sedia membantu pelanggan jika berlaku insiden tidak dijangka, termasuk tayar pancit.
  • Bantuan Kecemasan HiP 24/7 Honda Malaysia di talianb 1-800-18-1177 untuk perkhidmatan bantuan kerosakan dan kemalangan.

2. Perlindungan

  • Kenderaan pelanggan yang dibaiki di Honda Authorised Body & Paint Centre akan mendapat pra-kelulusan tuntutan yang pantas untuk tuntutan di bawah RM30,000.
  • Jaminan alat ganti asli Honda dengan jaminan enam bulan atau 10,000km jarak perjalanan (mana satu tiba dulu).
  • Mendapat Perlindungan Kemalangan Diri sehingga RM15,000 sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal dalam kemalangan kenderaan berdaftar.

3. Penjimatan

  • Pembayaran insurans penuh mengikut nilai dipersetujui bagi kenderaan dicuri atau tidak boleh dibaiki selepas kemalangan hingga 15 tahun dari tarikh pendaftaran.
  • Mempunyai liputan penuh selama 13 tahun untuk menukar alat ganti lama yang rosak akibat kemalangan dengan alat ganti baharu dan asli tanpa kos tambahan.

 

Auto Terkini Honda Insurance Plus (HiP) Honda Malaysia
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.