Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Perkenal HR-V Elektrik di Eropah, Sama Seperti China?
Auto Terkini

Honda Perkenal HR-V Elektrik di Eropah, Sama Seperti China?

Abang HirataBy Abang Hirata08/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BEBERAPA minggu lalu, muncul berita menarik daripada Honda tentang kenderaan utiliti sukan (SUV) popular, HR-V. Sebagai makluman, HR-V (2022) baru saja dilancar di Indonesia pada harga bersamaan RM104,630 untuk varian aras mula.

Dalam empat pilihan, Turbo RS ialah varian paling premium pada harga lebih kurang RM147,180. Harga itu sedikit sebanyak dapat dijadikan indikator harga HR-V di pasaran Malaysia nanti.

Honda juga mengesahkan SUV elektrik segmen-B, e:Ny1 Prototype akan dilancarkan di Eropah. Berdasarkan foto dikongsikan, prototaip itu nampak seperti HR-V (2022), tetapi dengan rupa depan berbeza. Jadi, kemungkinan besar, atau hampir pasti SUV dimaksudkan itu ialah HR-V versi elektrik.

Model itu sebenarnya sudahpun ditayangkan di China pada 2021 sebagai e:NS1 dan e:NP1. Jika dibawa ke Britain, bermakna HR-V pemanduan sebelah kanan (RHD) sudah tersedia untuk dijual di negara lain.

Seperti diketahui, Honda e tidak dijual di negara kita, tetapi boleh dibeli menerusi pengimport bebas (AP). Ketika jenama premium seperti Mercedes-Benz dan BMW, termasuk pengeluar seperti Nissan dan Hyundai sudah membawa masuk EV masing-masing, jadi memang elok juga Honda merancang sesuatu untuk pasaran tempatan.

BACA >>> Honda HR-V (2022) Lancar di Indonesia, Ada Varian Turbo RS, Harga Mula RM104k
BACA >>> Honda EX-5 Fi Edisi Terhad (2022) Lancar, Hanya 2,000 Unit, RM5.1k Sahaja!

e:Ny1 e:Ny1 Prototype EV Honda Honda e:Ny1 Prototype Honda HR-V Honda HR-V (2022) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) kereta elektrik Roda4 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Mangsa Letupan Rakyat Malaysia Terima Pampasan RM80K Daripada Kerajaan Thailand

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.