Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Honda Insight 2026 Lancar di Jepun, Jarak Sehingga 535km, Harga RM137k
Kenderaan Elektrik (EV)

Honda Insight 2026 Lancar di Jepun, Jarak Sehingga 535km, Harga RM137k

Abang HirataBy Abang Hirata17/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda Insight 2026 lancar di Jepun

WALAUPUN membatalkan projek kenderaan elektrik (EV) dengan mengejutkan industri automotif, Honda terus mengekalkan agenda EV apabila baru saja melancarkan Honda Insight generasi keempat.

Model itu hadir dalam bentuk kenderaan utiliti sukan (SUV) dan menjadi lonjakan besar selepas tiga generasi dijana kuasa hibrid.

Honda Insight 2012
Honda Insight 2012

Model asal dilancarkan pada 1999 sebagai kereta hibrid pengeluaran massa pertama Honda yang sebelum ini mempelopori era hibridisasi, manakala model baharu kali ini menggunakan nadi elektrik sepenuhnya.

Selepas program dan banyak perancangan berhubung EV dibatalkan, berkemungkinan ini strategi baharu Honda iaitu mengetengahkan produk dari China dengan Insight dijenamakan semula daripada Honda e:NS2.

Seperkara menarik, Honda juga baru saja melancarkan EV kompak Honda Super-N di Britain (atau Honda Super-ONE di Jepun).

Rekabentuk Bergaris, Tajam

Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun

Rekabentuk luaran menampilkan rekaan bergaris dan tajam bagi menarik perhatian secara natural di persekitaran bandar.

Bahagian dalaman menggunakan bahan sentuhan lembut bermutu tinggi dan lampu ambien LED pada panel instrumen dan pintu.

  • Pemandu dan Penumpang: Ada sudut mata tinggi untuk penglihatan cemerlang. Dilengkapi paparan dongak (HUD) dan kluster instrumen yang memaparkan maklumat penting bagi meminimum pergerakan mata
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
  • Konfigurasi Dalaman: Konsol tengah tidak memisahkan kerusi pemandu dan penumpang bagi membolehkan akses laluan (walk-through). Kerusi belakang ada ruang kaki luas dan fungsi penyandar belakang
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
  • Muatan Barang: Ruang but luas untuk pelbagai situasi daripada penggunaan harian hingga riadah hujung minggu. Papan but membolehkan lantai but dilaras aras atas atau bawah, dan mekanisme lipatan kerusi belakang meningkatkan lagi praktikaliti ruang but

Ciri Keselesaan Dalaman

Honda Insight 2026 lancar di Jepun

  • Sistem Pemanasan Pintar: Melaraskan operasi pemanas kerusi, stereng dan kabin. Mod AUTO mengesan kehadiran penumpang belakang untuk mengoptimum output penyaman udara.
  • Ia juga menggunakan panel pemanas jenis haba sinaran yang lebih jimat tenaga senyap dan kurang mengeringkan udara
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
  • Aroma Diffuser: Mengisi kabin dengan wangian apabila penyaman udara berfungsi. Pengguna boleh memilih enam jenis kartrij wangian dan boleh dipasang serentak tiga unit
  • Sistem Bunyi Premium BOSE: Ada 12 pembesar suara yang direka khas dan diletakkan secara optimum pada setiap tempat duduk
  • Lampu Ambien: Kawalan lampu dihubungkan dengan buka atau tutup pintu serta suhu penyaman udara

Trenkuasa dan Dinamik

Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
  • Trenkuasa: Menggunakan unit pacuan kompak dengan output dan tork tinggi serta bateri nipis kapasiti besar. Sistem pengurusan suhu mengekalkan bateri pada tahap optimum
  • Prestasi: Mencapai jarak pemanduan 535km dalam ujian WLTC. Pengecasan pantas (DC) mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mencapai tahap 80 peratus dengan pengecas 50kW ke atas
  • Honda Power Supply Connector: Boleh membekalkan kuasa elektrik luaran AC sehingga 1,500W
  • Mod Pemanduan: Ada empat mod: NORMAL, SPORT, ECON dan SNOW. Dalam mod SPORT, ciri kawalan bunyi aktif  digunakan untuk menonjolkan sensasi pecutan dengan bunyi yang lancar dan bertenaga

Honda SENSING

Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun

Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), Honda SENSING menjadi ciri standard yang terdiri daripada:

  • Brek dan Pencegahan Pelanggaran: Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS) | Fungsi Pencegahan Salah Pecutan (Hadapan dan Belakang) | Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran Jarak Dekat
  • Kawalan Stereng dan Laluan: Stereng Mitigasi Kemalangan Pejalan Kaki | Fungsi Mitigasi Keluar Jalan | Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Pemanduan Pintar: Kawalan Jelajah Adaptif (AC) dengan Fungsi Turut Kenderaan Sesak | Bantuan Kesesakan Trafik | Fungsi Makluman Pergerakan Kenderaan Hadapan
  • Sistem Amaran dan Bantuan: Fungsi Pengecaman Isyarat Trafik | Lampu Tinggi Automatik | Maklumat Titik Buta
  • Parkir: Honda Parking Pilot | Sistem Sensor Parkir

Harga, Edisi Terhad

Honda Insight Honda ON Limited Edition 2026
Honda Insight Honda ON Limited Edition 2026

Honda Insight 2026 ditawarkan pada harga 5,500,000 yen (RM136,675), manakala pilihan warna menawarkan Diamond Dust Pearl (perak), Crystal Black Pearl (hitam), Slate Gray Pearl (kelabu), Aqua Topaz Metallic II (hijau), dan Obsidian Blue Pearl (biru).

Selain model biasa, Honda turut menawarkan Honda Insight Honda ON Limited Edition (foto atas) dengan dalaman putih dan dijual secara eksklusif dalam talian untuk warna badan Diamond Dust Pearl dan Crystal Black Pearl.

Honda Insight 2026 Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Honda Insight Honda ON Limited Edition
Honda Insight Honda ON Limited Edition 2026
Honda Insight Honda ON Limited Edition 2026
Honda Insight Honda ON Limited Edition 2026
Honda Insight Honda ON Limited Edition 2026
EV Honda Honda Insight Honda Insight 2026 Kenderaan Elektrik (EV) Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    OMODA 9 SHS P 2026 untuk UK, Varian Baharu Black Noble Lebih Eksklusif

    23/07/2026
    Roda4

    Kia EV3 – SUV Elektrik Kompak Dengan Jarak Pemanduan Sehingga 603km

    23/07/2026
    Roda4

    JETOUR T1 Rasmi Dilancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM129,800!

    23/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.