Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda HR-V Kekal Status Raja SUV Subkompak Malaysia!
Auto Terkini

Honda HR-V Kekal Status Raja SUV Subkompak Malaysia!

Han OthmanBy Han Othman28/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA HR-V
mengekalkan status sebagai raja SUV subkompak di Malaysia berdasarkan rekod tempahan model baharu lebih 8,500 unit sejak dilancarkan Januari tahun ini.

Menurut Honda Malaysia, tempahan meningkat sepanjang tiga bulan lalu dan ada satu bulan yang mencatakan tempahan hampir 4,000 unit. Sejak dilancarkan, Honda Malaysia sudah menghantar lebih 3,000 unit HR-V baharu kepada pelanggan dengan menguasai 87 peratus perkongsian pasaran segmen SUV subkompak sejak Januari lalu, sekali gus mendahului pesaing lain dalam kelas sama.

BACA >>> Honda HR-V Versi Eropah Bakal Berenjin 1.5L Turbo, Sama Seperti Civic

Berdasarkan rekod jualan, pembeli Lembang Klang paling ramai memiliki HR-V baharu iaitu sebanyak 47 peratus, manakala pembeli wilayah Selatan dan Utara masing-masing menyumbang 18 peratus .

WARNA BAHARU PASSION RED PEARL

HR-V baharu diperkenalkan bersama pilihan warna baharu, Passion Red Pearl (merah), juga model pertama dalam barisan produk Honda Malaysia yang menggunakan warna ini. Malah, warna baharu ini menjadi antara warna paling digemari pembeli, mewakili 28 peratus jualan HR-V baharu.

HR-V baharu ditawarkan dalam 4 varian: Hybrid, RS, V dan E. Varian petrol dikuasakan enjin Honda’s Earth Dreams Technology dengan kotak gear Transmisi Variabel Berterusan(CVT) yang memberikan kelancaran dan keseronokan pemanduan.

BACA >>> Honda Malaysia Lancar HR-V Baharu, Tambah Varian Sport Hybrid i-DCD dan RS

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, varian baharu, HR-V RS juga diterima baik walaupun kali pertama diperkenalkan di Malaysia.

“Varian RS yang menampilkan rim aloi dwi tona 18 inci, rekabentuk gril depan sporty, kit bampar depan dan belakang hitam, ciri pemanduan sistem stereng Nisbah Gear Variabel (VGR), juga diterima baik terutama pembeli lelaki,” katanya.

PERINTIS SUV SUBKOMPAK HIBRID

Honda juga menjadi pengeluar pertama memperkenalkan varian hibrid untuk SUV subkompak di Malaysia. HR-V Sport Hybrid dengan sistem pacuan dual-klac pintar (i-DCD) ialah pilihan terbaik kepada pembeli yang mencari SUV kompak dengan pakej prestasi dan penjimatan bahan api.

Varian hibrid ini dijana enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan transmisi dual-klac 7-kelajuan dan motor elektrik Integrated High Power Motor (IPHM) yang mampu memberikan prestasi pantas dan penggunaan bahan api menjimatkan. Kombinasi output enjin dan motor, serta dibantu bateri litium-ion kuasa tinggi memberikan prestasi setanding enjin 2.0L.

BACA >>> #KLIMS2018: Honda HR-V RS, Jazz dan CR-V Konsep Mugen Tarik Perhatian Ramai

Selain Hybrid, semua varian HR-V baharu dilengkapi ciri keselamatan standard seperti 6 beg udara, Signal Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Daki (HSA) dan ISOFIX. HR-V baharu ini juga menetapkan penanda aras baharu dalam segmen SUV subkompak menerusi ciri tambahan seperti kamera pandang belakang multi sudut, kerusi pemandu elektrik 8 tetapan (V dan RS), kerusi kulit (V dan RS), kamera sisi Honda Lane Watch (V dan RS), Kawalan Jelajah dan pedal syif.

Honda HR-V Honda HR-V Sport Hybrid Honda Malaysia Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Malaysia Roda4 SUV SUV segmen-B SUV subkompak Toichi Ishiyama
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

JETOUR T1 Rasmi Dilancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM129,800!

23/07/2026
Auto Terkini

Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

22/07/2026
Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Roda4

Mercedes-Maybach GLS 2027 – SUV Ultra Mewah dengan Enjin 4.0L V8 MHEV

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.