Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Civic Laku Keras di Jepun, Digemari Orang Muda!
Auto Terkini

Honda Civic Laku Keras di Jepun, Digemari Orang Muda!

Abang HirataBy Abang Hirata02/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


REKABENTUK Honda Civic generasi ke-12 (FE) membawa gaya berbeza berbanding model terdahulu dengan tampil lebih bersahaja tanpa garisan dan lekuk tajam.

Mengenai penerimaan peminat, walaupun masih baharu hendak diulas, tetapi  Honda nampaknya bersungguh memasarkan model itu untuk menambat memikat hati pembeli muda atau kalangan mereka yang berjiwa muda.

Contohnya, Honda baru-baru ini berkongsi gambar kamoflaj Civic Type R, termasuk melancarkan Civic Si di Amerika Syarikat (AS). Bagaimana pula di Jepun yang popular dengan kereta kompak (keicar)?

Terbaharu, Honda Jepun mengumumkan jualan Civic di negara itu yang mendapat sambutan baik dan melebihi jangkaan. Civic diperkenalkan pada 3 September lalu dan menerima 3,000 unit tempahan setakat 7 Oktober 2021. Jumlah itu lebih tinggi berbanding sasaran asal, 1,000 unit sebulan.

Di sebalik sambutan baik, Honda memohon maaf kerana penghantaran Civic terpaksa ditangguhkan akibat kekurangan bekalan semikonduktor. Selain memaklumkan sambutan diterima, Honda juga berkongsi beberapa fakta menarik mengenai Civic baharu.

Diminati Orang Muda dan Berjiwa Muda!
  • Diterima baik pembeli muda. Honda mendakwa, 23.9 peratus pembeli adalah golongan berusia 2o-an.
  • Turut mendapat sambutan golongan berusia 50-an (22.2 peratus).
  • Kebanyakan pelanggan membeli untuk menggantikan model Civic terdahulu.
Ciri Dinilai Pembeli

  • Pemanduan sporty berkualiti tinggi.
  • Pakej dua dalam satu, keselesaan pemanduan dan senang digunakan.
  • Ciri teknologi bantuan pemandu cangggih, Honda SENSING dengan bantuan kesesakan trafik (transmisi CVT sahaja).

  • Paparan grafik penuh 10.2 inci dan sistem audio premium BOSE (varian EX sahaja).
  • Ada dua pilihan transmisi, manual 5-kelajuan (6MT) dan automatik CVT untuk semua varian.
Varian pembelian
  • LX – 21.6 peratus
  • EX – 78.4 peratus
Warna Popular

  • Platinum White Pearl (putih) – 33.5 peratus
  • Crystal Black Pearl (hitam) – 23.7 peratus
  • Premium Crystal Red Metallic (merah) – 15.6 peratus

Menariknya,  varian manual 6MT mendapat sambutan menggalakkan, iaitu 35.1 peratus pembeli Jepun memilih transmisi itu, manakala baki 64.9 peratus memesan varian CVT. Maknanya, transmisi manual masih lagi relevan dan ada peminat, serta dijangka akan kekal untuk satu tempoh masa lagi!

Di Jepun, Civic 1.5 VTEC Turbo dijual pada harga 3,190,000 yen (RM116,330) untuk varian LX dan 3,539,800 yen (RM129,090) bagi EX. Harga sama untuk kedua-dua transmisi manual dan CVT.

BACA >>> Honda Malaysia Perkenal CR-V Black Edition, Harga Mula RM161k!
BACA >>> Honda Passport TrailSport (2022) – SUV Lasak Khas untuk Orang Amerika!
BACA >>> Kit Honda Access Buat Civic Hatchback Nampak Lebih Bergaya!

Honda Honda Civic Honda Civic FE Honda Civic Serba Baharu Honda Jepun Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    23/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.