Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda City Kekal Takhta Raja Segmen B Malaysia, Sudah 300,000 Unit Terjual Sejak 2001
Auto Terkini

Honda City Kekal Takhta Raja Segmen B Malaysia, Sudah 300,000 Unit Terjual Sejak 2001

Han OthmanBy Han Othman04/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MEMANG benarlah populariti Honda City tidak mampu dibendung lagi. Buktinya Honda Malaysia hari ini meraikan satu lagi pencapaian gemilang untuk City, juga melayakkan model itu menjadi raja segmen-B, dengan angka jualan mencapai 300,000 unit di negara ini.

Populariti City di kalangan rakyata Malaysia memang tidak dapat dinafikan. City generasi kedua yang dilancarkan pada 2001 terjual lebih 61,000 unit, manakala City generasi ketiga meningkat lebih tinggi dengan jualan lebih 85,000 unit. Apabila City generasi keempat (model sekarang) melakukan debut di Malaysia, angka jualan meroket tinggi mencecah lebih 155,300 unit sejak dilancarkan pada 2014.

BACA >>> 10 Fakta Perlu Anda Tahu Mengenai Honda City Facelift

Apabila City generasi keempat versi dipertingkat atau facelift dilancarkan pada Mac tahun lalu, momentum sambutan daripada pembeli Malaysia masih kekal hangat dengan jualan lebih 48,900 unit terjual setakat Ogos lalu, hanya selepas 17 bulan dilancarkan.

Antara Januari hingga Ogos 2018, jualan City menyumbang 30 peratus kepada keseluruhan jualan Honda Malaysia, dan menguasai 51 peratus perkongsian pasaran segmen-B. Dalam tempoh itu juga, jualan menunjukkan peningkatan 16 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Angka positif ditunjukkan itu membolehkan Honda Malaysia mengekalkan status sebagai pengeluar bukan nasional nombor 1 Malaysia, dan nombor 2 dalam keseluruhan pengeluar automotif negara ini bagi keseluruhan jumlah keluaran industri (TIV).

VARIAN E PALING LARIS


Menurut Honda, sepanjang Januari hingga Ogos 2018, City varian E menjadi varian paling laris dengan menyumbang jualan 44 peratus, manakala varian V menyumbang 33 peratus. Jualan dari pengedar Tengah menjadi penyumbang tertinggi, (49%), disusuli kawasan Selatan (20%) dan Utara (19%).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eskekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama menyatakan rasa bangga atas pencapaian City melepasi angka jualan 300,000 unit dalam tempoh 17 tahun model itu diperkenalkan di Malaysia.

“Ini membuktikan kejayaan City di Malaysia. City generasi keempat ialah model paling laris Honda dan terus mendahului segmen-B. Pencapaian rekod cemerlang ini tidak akan tercapai tanpa sokongan daripada pelanggan kami. Saya mahu mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan dan kepercayaan mereka terhadap jenama kami, dan menjadikan City sebagai kenderaan pilihan,” katanya.

Auto Terkini Honda City Honda Malaysia kereta bukan nasional Roda4 Sedan sedan subkompak Segmen C subkompak TIV Toichi Ishiyama
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.