• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda City Kekal Takhta Raja Segmen B Malaysia, Sudah 300,000 Unit Terjual Sejak 2001

Honda City Kekal Takhta Raja Segmen B Malaysia, Sudah 300,000 Unit Terjual Sejak 2001

October 4, 2018 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


MEMANG benarlah populariti Honda City tidak mampu dibendung lagi. Buktinya Honda Malaysia hari ini meraikan satu lagi pencapaian gemilang untuk City, juga melayakkan model itu menjadi raja segmen-B, dengan angka jualan mencapai 300,000 unit di negara ini.

Populariti City di kalangan rakyata Malaysia memang tidak dapat dinafikan. City generasi kedua yang dilancarkan pada 2001 terjual lebih 61,000 unit, manakala City generasi ketiga meningkat lebih tinggi dengan jualan lebih 85,000 unit. Apabila City generasi keempat (model sekarang) melakukan debut di Malaysia, angka jualan meroket tinggi mencecah lebih 155,300 unit sejak dilancarkan pada 2014.

BACA >>> 10 Fakta Perlu Anda Tahu Mengenai Honda City Facelift

Apabila City generasi keempat versi dipertingkat atau facelift dilancarkan pada Mac tahun lalu, momentum sambutan daripada pembeli Malaysia masih kekal hangat dengan jualan lebih 48,900 unit terjual setakat Ogos lalu, hanya selepas 17 bulan dilancarkan.

Antara Januari hingga Ogos 2018, jualan City menyumbang 30 peratus kepada keseluruhan jualan Honda Malaysia, dan menguasai 51 peratus perkongsian pasaran segmen-B. Dalam tempoh itu juga, jualan menunjukkan peningkatan 16 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Angka positif ditunjukkan itu membolehkan Honda Malaysia mengekalkan status sebagai pengeluar bukan nasional nombor 1 Malaysia, dan nombor 2 dalam keseluruhan pengeluar automotif negara ini bagi keseluruhan jumlah keluaran industri (TIV).

VARIAN E PALING LARIS


Menurut Honda, sepanjang Januari hingga Ogos 2018, City varian E menjadi varian paling laris dengan menyumbang jualan 44 peratus, manakala varian V menyumbang 33 peratus. Jualan dari pengedar Tengah menjadi penyumbang tertinggi, (49%), disusuli kawasan Selatan (20%) dan Utara (19%).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eskekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama menyatakan rasa bangga atas pencapaian City melepasi angka jualan 300,000 unit dalam tempoh 17 tahun model itu diperkenalkan di Malaysia.

"Ini membuktikan kejayaan City di Malaysia. City generasi keempat ialah model paling laris Honda dan terus mendahului segmen-B. Pencapaian rekod cemerlang ini tidak akan tercapai tanpa sokongan daripada pelanggan kami. Saya mahu mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan dan kepercayaan mereka terhadap jenama kami, dan menjadikan City sebagai kenderaan pilihan," katanya.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Honda City, Honda Malaysia, kereta bukan nasional, Roda4, Sedan, sedan subkompak, Segmen C, subkompak, TIV, Toichi Ishiyama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
    #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my