Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda CB150R ExMotion Versi Streetster yang Lebih Ranggi, Kini di Thailand
Roda2

Honda CB150R ExMotion Versi Streetster yang Lebih Ranggi, Kini di Thailand

ZYBy ZY08/03/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HAMPIR dua tahun di pasaran, model naked retro moden 150cc, Honda CB150R kini mendapat facelift terbaharu yang didatangkan dalam versi Streetster dan rasmi diperkenalkan di Thailand.

Perbezaan ketara ialah warna dan strip dikenakan. Berbanding model asal yang menggunakan satu warna badan saja tanpa hiasan strip grafik, versi 2019 ini menggunakan warna asas yang dipadankan jalura ala motosikal lumba vintaj. Menyerlahkan lagi imej perlumbaan ialah hiasan angka ‘150’ besar pada sisi pelana belakang, dan kaliper brek jenis radial daripada Nissin (kekal daripada model sebelumnya) yang kini dilayangkan warna merah.

BACA >>> Honda CB150R ExMotion – Motosikal Neo-Retro 150cc Pertama Honda Dilancarkan di Thailand

Dari segi mekanikal pula, tiada apa yang diusik – dan sememangnya tidak diperlukan.

Sejak awal lagi, CB150R sudah menerima teknologi yang diidamkan ramai pemilik jentera 150cc. Ini termasuk konfigurasi DOHC dengan suntikan bahan api, meter digital penuh dengan indikator anjakan gear (shift light), fork depan terbalik (USD), brek radial, ABS, dan swingarm pisang (banana). Semua ciri diberikan agak mewah untuk sebuah motosikal aras mula 150cc.


Menariknya, harga ditawarkan CB150R versi baharu ini masih sama dengan model lama, ฿99,800 (RM12,828) untuk versi tanpa ABS, dan ฿109,800 (RM14,114) versi ABS.

Sayang sekali, tiada sebarang khabar mengenai pelancaran model CB150R facelift ini di Malaysia. Kepada anda yang berminat dengan jentera aras mula Honda dengan gaya naked sebegini, pilihan terdekat yang kami boleh cadangkan ialah Honda CB 250R. Semestinya lebih berkuasa dan lebih belanja.

GALERI

SUMBER: GreatBikerThailand

Honda honda cb150 honda cb150r honda cb150r 2019 honda cb150r streetster honda cb250r Honda Thailand roda2
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026

1 Comment

  1. Yazeed on 16/10/2020 09:36

    Bila agaknya model honda ni akan masuk pasaran malaysia?
    Boleh bersaing dengan model yamaha MT15

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.