Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda CB1300 (2021) dengan Gaya Retro Lancar di Jepun, Harga Mula RM61.3k
Roda2

Honda CB1300 (2021) dengan Gaya Retro Lancar di Jepun, Harga Mula RM61.3k

Azizi HBy Azizi H23/12/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Japan mengumumkan pelancaran sportbike gaya retro baharu CB1300 yang dijual khas untuk pasaran Negara Matahari Terbit itu dalam empat varian iaitu Super Four, Super Bold’or, Super Four SP, dan Super Bold’or SP.

CB1300 SUPERFOUR
CB1300 SUPERFOUR BOLD’OR

Varian Super Four tampil sebagai model naked dengan lampu depan bulat, manakala varian Super Bold’Or dipakaikan semi-fairing dengan rekaan lampu depan moden.

Ada empat warna varian berbeza. Super Four dan Super Bold’Or mendapat warna Pearl Sunbeam White (putih-merah) dan Beta Silver Metallic (perak), manakala Super Four SP dan Super Bold’Or SP berwarna Candy-Chromosphere Red (merah-putih) dan Pearl Hawks Eye Blue (biru-putih-merah).

Berikut senarai harga mengikut varian:

  • Super Four – 1,562,000 yen (RM61,365)
  • Super Bold’Or – 1,672,000 yen (RM65,690)
  • Super Four SP – 1,936,000 yen (RM76,050)
  • Super Bold’Or SP – 2,046,000 yen (RM80,370)

Model siri CB1300 menggunakan enjin endul-ganda (double-cradle) dengan sistem suspensi jenis fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang, manakala brek jenis dwi-cakera di depan dan cakera tunggal di belakang.

Trenkuasa dipacu enjin 4-silinder 4-injap 1,284cc DOHC penyejukan cecair dengan teknoloi PGM-FI berkuasa 111hp @ 7,750rpm dan tork 112Nm @ 6,250rpm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan.

Ciri lain dimiliki CB1300 ialah klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) dan Quickshifter dua hala untuk anjakan gear lancar, kawalan jelajah, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), dan Sistem Kawalan Traksi (TCS). Juga disediakan tiga mod tunggangan: Standard, Sport dan Rain.

Varian SP mendapat komponen khas seperti fork depan prabeban Öhlins, dwi-absorber Öhlins dengan subtangki di belakang, kaliper brek Brembo 4-piston, pelana disulam.

BACA >>> Tiga Tahun Penantian Berakhir, Honda CBR250RR Kini di Malaysia, Harga RM25,999!
BACA >>> Honda CB1000R (2021) Baharu Lancar di Eropah

Super Four
Super Four SP
Super Bold’Or
Super Bold’Or SP

SUMBER: Honda.co.jp

Honda CB1300 Honda CB1300 (2021) Honda Japan roadster roda2 sportbike
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    03/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    03/07/2026
    Roda2

    BMW S 1000 RR, M 1000 RR Terima Kemaskini Tahun 2027

    03/07/2026
    Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP
    Tahukah Anda

    Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

    02/07/2026

    1 Comment

    1. Zani on 26/12/2020 07:15

      Rare

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.