Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Africa Twin Cipta Rekod – Daki Puncak Gunung Berapi Setinggi 5,965 Meter!
Roda2

Honda Africa Twin Cipta Rekod – Daki Puncak Gunung Berapi Setinggi 5,965 Meter!

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BEBERAPA hari lalu tersebar berita tentang kemungkinan BMW G 310 GS dibawa masuk ke pasaran tempatan pada harga di bawah RM35,000. Kemudian ada pula beberapa lagi motosikal menarik seperti Kawasaki Versys 250 dan Benelli TRK 502 yang masing-masing turut menawarkan harga terbaik. Nampaknya, dunia motosikal memang meriah dengan kehadiran peminat tersendiri.

Namun, di sebalik populariti motosikal touring seperti BMW GS, ada sebuah lagi legenda yang tidak kurang hebat – Honda Africa Twin, di mana model generasi baharu itu sudah dilancarkan di beberapa pasaran dunia sejak setahun lalu.

BACA >>> BMW G 310 GS Sah Masuk Malaysia Tahun Ini – Harga Bawah RM35,000?

MOTOSIKAL 2-SILINDER DAKI PUNCAK TERTINGGI

Terkini, Honda Africa Twin berjaya mencatatkan rekod baharu mendaki ke puncak tertinggi dalam kategori motosikal dua silinder. Lima penunggang menunggang Africa Twin ke kawasan gunung berapi aktif tertinggi dunia, Nevado Ojos del Salado yang terletak antara dua negara, Argentina dan Chile dengan ketinggian pendakian mencecah 5,965 meter dari aras laut.

Juara enduro pasukan lumba Honda Sud America, Fabio Mossine ialah penunggang terpilih mencatatkan rekod tersebut sebelum berdepan halangan salji setebal dua meter.

Selepas lima hari menyesuaikan diri dalam iklim sejuk dengan menunggang Honda Africa Twin standard yang dilengkapi ekzos Termignoni, gegancu (sprocket) belakang berlainan, tayar Metzeler MC360TM dan aksesori tulen Honda, pasukan antarabangsa tersebut berjaya menamatkan pendakian mereka dalam masa 24 jam.

Laluan dilalui nyata mencabar dengan suhu -5°C dengan pelbagai rupa bentuk bumi mencabar seperti jalan merekah, berlumpur dan berpasir sebelum meredah laluan terakhir yang bersalji, dikenali penitentes, yakni menegak dan tajam. Kawasan mencabar seumpama itu sengaja dipilih semata-mata bagi membuktikan kemampuan motosikal Honda Africa Twins.

BACA >>> Maaf, Honda CBR250RR Tak Jadi Masuk Malaysia Tahun Ini

BACA >>> Kawasaki Lancar 4 Model Sepanjang 2017 – Z900 (RM58k), X250 (RM25k), Z650 (RM37k) & Ninja 650 (RM38k)

GALERI

KREDIT FOTO: NewAtlas.com

Fabio Mossine Honda Honda Africa Twin motosikal 2-silinder daki puncak tertinggi roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.