Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda 25 Years: Final Call! Rebat hingga RM20,000*, Ansuran Serendah RM478* untuk Model 2025
Auto Terkini

Honda 25 Years: Final Call! Rebat hingga RM20,000*, Ansuran Serendah RM478* untuk Model 2025

Han OthmanBy Han Othman22/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

25 Years Final Call Biggest Deals

Tahun 2025 semakin melabuhkan tirai, dan Honda Malaysia hadir dengan tawaran paling agresif sepanjang tahun – Final Call, Biggest Deals Now! sempena ulang tahun ke-25. Jika anda merancang membeli kereta baharu, inilah masa terbaik sebelum tahun berakhir.

Dalam kempen istimewa ini, anda dapat menikmati ganjaran bernilai sehingga RM20,000* dan bayaran bulanan serendah RM478* bergantung model terpilih. Tawaran merangkumi pelbagai skim sokongan eksklusif seperti:

25 Years Final Call Biggest Deals
25 Years Final Call Biggest Deals
  • Program Khas Kerajaan (Special Government Program)
  • Program Kesetiaan Eksklusif (Exclusive Loyalty Program)
  • Pembiayaan Step-Up (Step-Up Financing)
  • Program Khas Naik Taraf (Special Upgrader Program)

Setiap program direka untuk memberikan lebih nilai kepada pembeli baharu dan sedia ada, sekali gus menjadikan pemilikan Honda jauh lebih berbaloi pada hujung tahun ini.

Tawaran Terbesar Model 2025, Rebat sehingga RM20,000*

Melalui kempen ulang tahun ke-25, Honda Malaysia menawarkan jumlah ganjaran keseluruhan yang cukup menarik membabitkan skim sokongan dan ganjaran aniversari ke-25 tahun. Antara nilai ganjaran maksimum ialah:

  • CR-V – sehingga RM20,000*
  • City – sehingga RM13,000*
  • WR-V – sehingga RM10,000*
  • HR-V Baharu – sehingga RM12,000*
  • Civic – sehingga RM12,000*
  • City Hatchback – sehingga RM6,000*

Setiap model hadir dengan kombinasi sokongan kewangan mengikut varian yang menjadikan kereta Honda lebih mampu milik untuk pelbagai golongan pembeli, termasuk kakitangan Kerajaan, pemilik Honda sedia ada, dan mereka yang mahu menaik taraf kereta sedia ada (upgrader).

Ansuran Bulanan Serendah RM478* dengan Step-Up Financing*

Selain rebat besar, Honda Malaysia turut memperkenalkan pelan pembiayaan berperingkat Step-Up Financing, yang menawarkan ansuran tahun pertama serendah:

  • RM478* untuk WR-V, City Hatchback, HR-V Baharu dan City Sedan
  • RM878* untuk CR-V
  • RM778* untuk Civic

Pelan ini membantu pembeli mengurus komitmen kewangan dengan lebih mudah menerusi ansuran rendah pada tahun pertama.

Pelan sebegini sangat sesuai kepada graduan baharu, pembeli rumah pertama, atau mereka yang mahukan bayaran awal yang lebih rendah.

Sorotan Model Popular Kempen Ini

1. Honda City – dari RM478* Sebulan

Honda City 2025
Honda City 2025
  • Model sedan paling laris Honda ini hadir dengan ganjaran bernilai sehingga RM13,000*
  • Gabungan enjin 1.5L dan varian e:HEV menjadikan City pilihan ideal untuk penjimatan harian

2. Honda City Hatchback – dari RM478* Sebulan

Honda City Hatchback 2025
Honda City Hatchback 2025
  • Model hatchback yang serba praktikal, mudah diparkir dan menjimatkan dengan nilai ganjaran bernilai sehingga RM6,000*
  • Sesuai untuk pemandu yang mahu mencari kereta pertama

3. Honda WR-V – SUV Kompak Kegemaran Famili Muda

Honda WR-V 2025
Honda WR-V 2025
  • Dengan ganjaran bernilai sehingga RM10,000*, WR-V menjadi SUV pilihan value-for-money dalam kelasnya
  • Tinggi, praktikal dan ekonomi yang sesuai untuk pemanduan bandar Malaysia

4. Honda HR-V Baharu – Ganjaran Bernilai sehingga RM12,000*

Honda HR-V 2025
Honda HR-V 2025
  • SUV segmen-B dengan enjin 1.5L Turbo, dan pilihan hibrid e:HEV untuk yang mahukan ekstra penjimatan bahan api
  • Khas untuk eksekutif muda dan pemandu berkeluarga sebagai SUV praktikal, dan ruang luas untuk seisi keluarga

5. Honda CR-V (2025) – Rebat Terbesar sehingga RM20,000*

Honda CR-V 2025
Honda CR-V 2025
  • Kenderaan utiliti sukan (SUV) premium Honda kini hadir dengan nilai ganjaran paling tinggi
  • Peminat SUV 5-kerusi dan pemanduan jauh pasti menghargai ruang luas, keselamatan Honda SENSING dan kecekapan enjin 1.5L Turbo dan e:HEV

6. Honda Civic – dari RM778* Sebulan

Honda Civic 2025
Honda Civic 2025
  • Civic dikenali dengan gaya sporty, prestasi kukuh dan teknologi Honda SENSING
  • Ganjaran terbesar bernilai sehingga RM12,000* menjadikan model itu lebih mampu milik berbanding pesaing sedan segmen-C lain

Program Khas: Lebih Nilai untuk Golongan Terpilih

Honda Malaysia menawarkan pelbagai skim sokongan seperti:

  • Program Khas Kerajaan: Untuk kakitangan Kerajaan, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan pasangan/anak dengan nilai ganjaran bernilai sehingga RM12,500*
  • Ganjaran H2H dan H2H+: Untuk pemilik Honda sedia ada yang ingin membeli kereta Honda baru dengan nilai ganjaran sehingga RM20,000*
  • Program Khas Naik Taraf: Tambahan rebat kepada pembeli yang menaik taraf model Honda baharu, termasuk Proton dan Perodua dengan nilai ganjaran sehingga RM12,500*

Semua program itu bertujuan memberi lebih banyak penjimatan dan nilai tambah kepada pelanggan yang memilih Honda.

Peluang Emas Sebelum Hujung Tahun

Logo Honda

Kempen Honda 25 Years: Final Call Biggest Deals Now! adalah tawaran paling besar Honda untuk 2025, dengan:

  • Ganjaran bernilai sehingga RM20,000*
  • Ansuran bulanan serendah RM478*
  • Program sokongan eksklusif
  • Nilai ganjaran besar untuk model popular

Jadi, inilah masa terbaik untuk menaiki Honda baharu. Tawaran sah untuk kenderaan yang didaftarkan dari 1 Disember hingga 31 Disember 2025, sementara stok masih ada. Maklumat lanjut boleh kunjungi mana-mana pengedar sah Honda Malaysia seluruh negara.

* Tertakluk terma dan syarat
Auto Terkini Honda 25 Years Honda 25 Years: Final Call! Honda Malaysia
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemenang Peraduan BHPetrol โ€˜Beli dan Menang, Mencari OKBโ€™ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

13/06/2026
Auto Terkini

BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

13/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

12/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

12/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Alpinestars Supertech R10
Aksesori

Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

By Shazwan Hisam08/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.