Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Helmet Shark Skwal i3, Kini dengan Lampu Brek Bersepadu, Harga RM1.3k!
Aksesori

Helmet Shark Skwal i3, Kini dengan Lampu Brek Bersepadu, Harga RM1.3k!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize04/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SHARK melancarkan produk baharu, Shark Skwal i3, iaitu helmet motosikal pertama dengan lampu brek bersepadu yang dijangka mendapat homologasi ECE 22.06.

Helmet muka penuh Shark Skwal i3 menampilkan dua teknologi baharu dipatenkan sebagai tambahan kepada lampu brek bersepadu, yang sudah dibangunkan Shark sejak memperkenalkan platform Skwal seawal 2015 lalu.

Operasi lampu brek bersepadu pada helmet itu berfungsi tanpa Bluetooth atau sambungan lain. Sebaliknya menggunakan sensor pecutan tiga paksi untuk mengesan apabila brek berlaku, dan mengoperasikan lampu sewajarnya.

Lampu brek pula tidak menyala sepanjang masa apabila brek ditekan seperti lampu belakang motosikal, tetapi lampu brek Shark Skwal i3 akan berkelip tiga kali sesaat apabila brek digunakan secara lembut, dan lima kali sesaat jika membrek agresif.

Ada juga lampu LED putih di hadapan untuk meningkatkan kejelasan kepada pengguna yang berada di depan penunggang dari arah depan atau sebaliknya.

Ada tiga mod lampu depan diberikan, sama ada LED putih di depan kekal menyala, berkelip atau dimatikan.

Shark Skwal i3 menggunakan bateri boleh cas dalam masa tiga jam melalui kabel USB-C, dan mampu bertahan hingga 12 jam penggunaan.

Bagi menjimatkan bateri, helmet akan memasuki ‘mod tidur’ (sleep mode) untuk menjimatkan hayat bateri selepas dua minit tanpa pergerakan.

Cengkerang polikarbonat pada helmet ini disuntik Nexan,  iaitu bahan termoplastik resin polikarbonat yang mana cengkerang pepejal helmet dapat berubah bentuk dalam kondisi haba melampau.

Menerusi sistem dipatenkan Shark itu, helmet ini juga boleh ditanggalkan tanpa bantuan sebarang alat dengan menekan dua butang sambil menolak visor ke atas.

Di belakang visor, terdapat pelindung matahari bersepadu dengan ciri anticalar dan anti-kabus, serta ruang untuk pembesar suara 40mm dalam busa helmet.

Shark Skwal i3 boleh didapati daripada saiz XS hingga XXL dalam 13 pilihan grafik pada harga runcit £239 (RM1,300).

BACA >>> Senarai Pelumba Tukar Jenama Helmet Baharu untuk MotoGP 2023
BACA >>> Bandar Filipina Haramkan Penunggang, Pembonceng Pakai Helmet

SUMBER: VisorDown

2023 aksesori helmet Helmet Berlampu Shark Shark Skwal i3 topi keledar
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.