• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bandar Filipina Haramkan Penunggang, Pembonceng Pakai Helmet

Bandar Filipina Haramkan Penunggang, Pembonceng Pakai Helmet

March 15, 2023 By Sharil Leave a Comment

151
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PELIK tapi benar! Bandar Taytay dalam wilayah Rizal di timur Manila, Filipina mengharamkan penggunaan helmet kalangan penunggang dan pembonceng motosikal di wilayah itu.

Lebih spesifik, Perintah Eksekutif (EO) No 62, Siri 2023, yang ditandatangani Datuk Bandar Taytay, Allan De Leon awal bulan ini, melarang penunggang dan pembonceng motosikal memakai helmet, topeng, dan objek serupa ketika menunggang di jalan raya perbandaran dan jalan barangay yang dalam bidang kuasa pihak berkuasa Taytay.

Jalan raya perbandaran ditakrifkan sebagai jalan yang menghubungkan kampung ke infrastruktur perbandaran utama dan jalan raya penghubung jalan wilayah/negara.

Jalan barangay pula melibatkan jalan kecil,  jalan tertier, atau lorong bawah pengurusan barangay.

Di bawah EO 62, Siri 2023, anggota penguat kuasa diberi kuasa meminta penunggang dan pembonceng menanggalkan helmet, balaklava atau penutup muka  ketika menunggang di jalan perbandaran dan jalan barangay.

Bagaimanapun, regulasi itu tidak menyatakan denda terhadap penunggang atau pembonceng yang didapati melanggar peraturan berkenaan. Ia perlu merujuk  kepada pihak berkuasa perbandaran untuk menggubal ordinan dengan penalti sepadan.

EO 62, Siri 2023 digubal sebagai reaksi kepada peningkatan insiden dalam kalangan penunggang motosikal tidak dikenali (kerana memakai helmet) yang melakukan jenayah dan melarikan diri daripada ditangkap polis.

Bagaimanapun tindakan itu memaksa Pertubuhan Hak Motosikal (MRO) di Filipina mengecam peraturan tersebut kerana boleh menjejaskan keselamatan penunggang dan pembonceng.

Satu lagi undang-undang yang tidak menghiraukan sepenuhnya keselamatan dan kesaksamaan awam. Penggubal undang-undang kita perlu belajar cara membuat penyelidikan dan mengkaji undang-undang yang adil sebelum cuba buat peraturan,” kata Jobert Bolanos dari MRO.

Pada 2009, Akta Republik 10054, atau Akta Helmet Motosikal di Filipina diangkat menjadi undang-undang yang mewajibkan penunggang dan pembonceng memakai helmet yang direka khusus untuk menunggang.

BACA >>> Helmet RM86k Bukan Sekadar Konten, Ramai Peminat Walaupun Ada Tarikh Luput
BACA >>> Penunggang Ducati Tak Pakai Helmet Serah Diri,  Dapat 3 Saman

SUMBER:  MotoPinas

Artikel Berkaitan

151
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: EO 62, Filipina, helmet, motosikal, pembonceng, penunggang, rizal, Siri 2023, Taytay

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my