Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Helmet RM86k Bukan Sekadar Konten, Ramai Peminat Walaupun Ada Tarikh Luput
Aksesori

Helmet RM86k Bukan Sekadar Konten, Ramai Peminat Walaupun Ada Tarikh Luput

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize07/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEBUAH helmet Shoei J Force 2 Jack berwarna kuning di FT Garage Penang dijual kepada seorang peminat wanita pada harga RM86,000 hingga mencetuskan kecaman netizen kerana dianggap terlalu mahal.

Susulan itu, FT Garage Racing – BIKE Helmet Shop menjelaskan di Facebook bahawa jualan helmet tersebut benar-benar berlaku dan bukan hanya konten pemasaran untuk melariskan kedai. 

Untuk edisi2 collectable item macam ni, biasa kitorang memang dah ada pelanggan. Biasanya diorang ni tak kisah duit. Diorang ni terdiri dari golongan jutawan,” kata kenyataan kedai helmet terbabit.

BACA >>> Senarai Pelumba Tukar Jenama Helmet Baharu untuk MotoGP 2023
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Piawaian Baharu UNECE R22.06 untuk Helmet? Apa Berbeza?

Walaupun kali kedua menjual helmet sama, ini kali pertama kedai tersebut menjual helmet pada harga RM86,000 tidak sampai 24 jam mendarat di Malaysia (helmet dari Jepun).

Pada 2014, iaitu kira-kira lapan tahun lalu, kedai sama dilaporkan menjual sebuah helmet jenis sama pada harga RM30,000.

Apapun, tidak kira berapa mahal harga helmet anda, setiap helmet sebenarnya ada tarikh luput. Shoei misalnya, helmet itu perlu diganti selepas lima tahun daripada tarikh pembelian, tanpa mengira helmet tersebut masih cantik atau tidak.

Selain itu, helmet seperti Shoei juga perlu ditukar jika terhentak atau terjatuh kerana produk itu direka untuk menyerap satu hentakan besar saja. Maklumat mengenai tarikh pengeluaran ada tertulis pada pelekat dalam helmet di bawah pad (span) telinga dalam format tahun, bulan dan hari (YY/MM/DD).

Malah helmet baharu yang tidak dipakai juga perlu diganti kerana pelapik polistirena kembang boleh hancur (EPS) dalam helmet akan berubah semasa ke semasa.

Semakin lama usia EPS, semakin kurang kemampuan menyerap impak dan melindungi kepala daripada kemalangan. Malah, helmet disimpan lama, walaupun tidak pernah dikeluarkan daripada kotak, juga tidak dapat melindungi kepala anda seperti helmet baharu.

Atas dasar keselamatan, pengguna dinasihatkan menukar helmet baharu setiap kali berlaku sebarang kerosakan atau selepas melebihi had umur ditetapkan pengeluar tidak kira seberapa mahal harga helmet berkenaan.

 

BACA >>> Penunggang Ducati Tak Pakai Helmet Serah Diri,  Dapat 3 Saman
BACA >>> Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140

aksesori FT Garage Penang FT Garage Racing helmet shoei shoei j force 2 jack
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.