Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Helmet GIVI M35.0 Scudo Lancar di Malaysia, Harga Anggaran Mula RM400
Aksesori

Helmet GIVI M35.0 Scudo Lancar di Malaysia, Harga Anggaran Mula RM400

WahidBy Wahid26/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GIVI Asia Sdn Bhd semalam melancarkan helmet terbaharu, GIVI M35.0 Scudo di Malaysia. Walaupun GIVI lebih terkenal dengan produk kotak barang (box) motosikal, jenama itu turut menawarkan pelbagai model helmet.

Scudo didatangkan dalam bentuk ‘jet’, atau muka terbuka (open face) yang dikatakan antara terbaik dari segi keselamatan dan keselesaan. Selain itu, barisan produk Scudo juga boleh didapati dalam rekaan grafik moden dan menarik yang berbeza daripada helmet GIVI dengan grafik lebih konservatif sebelum ini.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Helmet Jadi Syarat Wajib Pakai untuk Penunggang Motosikal?

Berikut ciri M35.0 Scudo:

  • Mendapat kelulusan piawaian ECE R22.06 terbaharu. Bermula 2023, piawaian ini akan menggantikan ECE R22.05 yang digunakan sejak 2003. Ini ialah helmet jet pertama mendapat piawaian tersebut untuk pasaran Malaysia.
  • Bagi mendapatkan kelulusan ECE 22.06, helmet itu akan diuji menggunakan kaedah dan spesifikasi lebih ketat. Ini bermakna helmet dihasilkan adalah lebih selamat.
  • Dibangunkan khas mengikut bentuk kepala penduduk Asia. Bukan berasaskan bentuk kepala pengguna barat yang  kemudian disesuaikan mengikut bentuk kepala orang Asia. Metod tersebut membuatkan helmet ini lebih selesa dan selamat dipakai.
  • Piawaian ECE R22.06 menetapkan penggunaan cengkerang helmet berlainan saiz. Bagi Scudo, ada dua saiz cengkerang, iaitu, untuk saiz lebih kecil (S, M, L), dan saiz lebih besar (XL, XXL).
  • Cengkerang produk baharu ini lebih kuat dan lulus ujian tembusan dan hentakan.
  • Visor utama kalis calar, dan visor boleh ditukar tanpa menggunakan alatan khas. Juga disediakan visor gelap tambahan.
  • Ada lubang angin (dua di depan, tiga di belakang) saiz besar, dibangunkan khas untuk cuaca negara Asean seperti Malaysia.
  • Strap ‘Micrometric Quick Release Buckle’ (jenis ‘klik-klik’).
  • Span baharu boleh tanggal untuk dicuci. Span juga disalut bagi mencegah alahan kulit dan tahan bau.
  • Ada enam rekaan grafik, dan dua warna tanpa grafik (solid color).
  • Harga dianggarkan sekitar RM450 untuk versi grafik, dan sekitar RM400 untuk tanpa grafik.
  • Boleh didapati di kedai konsep GIVI Point dan pengedar sah GIVI seluruh negara.

BACA >>> GIVI Lancar B33NM, B45NM Atlas yang Lebih Gaya dan Kuat, Harga Mula RM283
BACA >>> GIVI B42N Antartica – Kotak Simpanan 42 liter yang Lasak dan Selamat, Harga RM420

aksesori Auto Terkini GIVI Asia Sdn Bhd GIVI M35.0 Scudo givi point helmet Helmet Open Face Jet Open Face Helmet
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.