• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / GIVI B42N Antartica - Kotak Simpanan 42 liter yang Lasak dan Selamat, Harga RM420

GIVI B42N Antartica - Kotak Simpanan 42 liter yang Lasak dan Selamat, Harga RM420

July 15, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA mencari kotak simpanan untuk motosikal atau skuter, GIVI adalah antara jenama pilihan ramai penunggang kerana dua faktor, lasak dan berkualiti.

GIVI Asia Sdn Bhd (GIVI Asia) memperkenalkan kotak simpan barang top case baharu, B42N Antartica yang direka berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) GIVI dengan mengambil kira pandangan dan cadangan pengguna motosikal.

Tidak hairanlah B42N Antartica dianggap sebagai produk kotak simpanan polimer terbaik setakat ini. Walaupun mengekal imej bersegi, rekabentuk produk ini kekal mewah, dan berkualiti tinggi tanpa mengetepikan aspek keselamatan penunggang motosikal.

Setiap penjuru kotak simpanan dipasangkan reflektif prismatik. Walaupun nampak remeh, tetapi pemantul cahaya itu berfungsi membantu pengguna jalan raya lain mengecam kehadiran penunggang atas jalan, terutama ketika menunggang malam.

Helmet Demi-Jet GIVI
Helmet Modular GIVI

B42N Antartica memiliki kapasiti simpanan 42 liter itu yang mampu memuatkan dua helmet GIVI jenis demi-jet atau satu helmet modular, termasuk set baju hujan. Kotak simpanan ini juga dilengkapi sistem kunci Mikro 3 baharu untuk perlindungan lebih selamat.

B42N Antartica dibina menggunakan material polipropilena, (polypropylene, PP) gred tinggi dengan teknologi teknik suntikan bagi memastikan struktur lebih kuat.

Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee berkata, E43 adalah salah satu kotak simpanan paling popular dalam kalangan penunggang motosikal di Malaysia yang digemari kerana bentuk dan saiz besar untuk menyimpan pelbagai jenis barang.

"Sebab itu, Antartica B42N didatangkan dengan kapasiti 42 liter dan berbentuk bersegi, tetapi dengan rekaan berinovasi yang dipertingkat tahap penglihatan," katanya.

B42N Antartica boleh didapati bermula Ogos ini di semua cawangan GIVI Points dan pengedar sah GIVI seluruh negara. Harga disyorkan ialah RM420, tidak termasuk monorak, dan sesuai digunakan pada motosikal berkapasiti 150cc ke atas.

GALERI
WhatsApp Image 2020-07-15 at 15.55.45
WhatsApp Image 2020-07-15 at 15.56.36 (1)
WhatsApp Image 2020-07-15 at 15.56.36 (2)
WhatsApp Image 2020-07-15 at 15.56.36
WhatsApp Image 2020-07-15 at 16.04.08 (1)
WhatsApp Image 2020-07-15 at 16.04.08
WhatsApp Image 2020-07-15 at 16.04.09
WhatsApp Image 2020-07-15 at 16.04.09 (1)
Helmet Demi-Jet GIVI
Helmet Demi-Jet GIVI
Helmet Modular GIVI
Helmet Modular GIVI
1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Box, GIVI, GIVI B42N Antartica, GIVI Points, Kotak Simpanan, Kotak Simpanan Motosikal, roda2, Top Case

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my