Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hebat, Pomen Kudung Ada Diploma, Bengkel Motor Sendiri!
Auto Terkini

Hebat, Pomen Kudung Ada Diploma, Bengkel Motor Sendiri!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/12/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI MANA ada kemahuan, di situ ada jalan. Walaupun dilahirkan kudung kedua-dua pergelangan tangan, itu langsung tidak menghalang Mohd Rahmat Abd Somat, 26, untuk menjadi mekanik hingga mampu memiliki bengkel sendiri.

Malah, kemampuan Mohd Rahmat, yang lebih mesra dipanggil Toyek, menggunakan peralatan seperti spanar, playar dan pemutar skru memang luar biasa.

Walaupun bengkel Toyek Racing’ terletak jauh dalam kampung, tetapi ketelitian hasil kerja yang dilakukan anak muda itu membuatkan ramai pelanggan sanggup datang mendapatkan perkhidmatan di bengkelnya itu di Langgar, Kedah. Lebih hebat, pelbagai kerja tangan yang memerlukan bantuan mesin mampu dilakukan sendiri seperti membuat kimpalan, mencanai enjin, dan ‘porting block’.

“Tapi kalau ada bahagian motor yang sukar dibuka, saya akan minta bantuan abang,” kata anak bongsu daripada lima beradik itu.

BACA >>> JPJ: Pemilik Bengkel Pun Boleh Kena Tindakan Kalau Setuju Ubah Suai Motosikal Pelanggan

Menurutnya, hasil duit simpanan yang disimpan sejak zaman sekolah, dan bantuan ahli keluarga serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah lebih RM30,000 cukup untuk Toyek membuka bengkel sendiri yang lengkap dengan peralatan dan mesin.

Peralatan dan mesin yang dibeli itu pula adalah barangan terpakai yang hendak dilupuskan kilang dan dibeli pada harga jauh lebih murah berbanding harga asal.

Toyek, yang juga graduan memiliki diploma Universiti Teknologi MARA, (UiTM) Kampus Merbok mengakui penerimaan masyarakat terhadap golongan kurang upaya (OKU) sepertinya berbeza-beza. Ada yang menyokong, dan ada juga yang masih memandang rendah.

“Pernah ada pelanggan datang ke bengkel saya untuk baiki motosikal. Tapi, selepas dia tengok fizikal saya, dia tak jadi buat, lalu dia balik.”

Namun semua itu langsung tidak membuatkan dia ambil hati, sebaliknya sentiasa berfikiran positif dan menanam semangat untuk tidak mahu menyusahkan sesiapa demi mencari pendapatan sendiri.

BACA >>> PETRONAS Lancar Bengkel Motosikal Bergerak Pertama Di Malaysia

SUMBER: Bernama

Auto Terkini bengkel motosikal golongan kurang upaya (OKU) OKU
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026

    1 Comment

    1. Mazlan on 11/12/2019 07:54

      Terbaik yob.Teruskan…

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.