• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hebat, Pomen Kudung Ada Diploma, Bengkel Motor Sendiri!

Hebat, Pomen Kudung Ada Diploma, Bengkel Motor Sendiri!

December 10, 2019 By MS 1 Comment

173
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI MANA ada kemahuan, di situ ada jalan. Walaupun dilahirkan kudung kedua-dua pergelangan tangan, itu langsung tidak menghalang Mohd Rahmat Abd Somat, 26, untuk menjadi mekanik hingga mampu memiliki bengkel sendiri.

Malah, kemampuan Mohd Rahmat, yang lebih mesra dipanggil Toyek, menggunakan peralatan seperti spanar, playar dan pemutar skru memang luar biasa.

Walaupun bengkel Toyek Racing' terletak jauh dalam kampung, tetapi ketelitian hasil kerja yang dilakukan anak muda itu membuatkan ramai pelanggan sanggup datang mendapatkan perkhidmatan di bengkelnya itu di Langgar, Kedah. Lebih hebat, pelbagai kerja tangan yang memerlukan bantuan mesin mampu dilakukan sendiri seperti membuat kimpalan, mencanai enjin, dan ‘porting block’.

“Tapi kalau ada bahagian motor yang sukar dibuka, saya akan minta bantuan abang,” kata anak bongsu daripada lima beradik itu.

BACA >>> JPJ: Pemilik Bengkel Pun Boleh Kena Tindakan Kalau Setuju Ubah Suai Motosikal Pelanggan

Menurutnya, hasil duit simpanan yang disimpan sejak zaman sekolah, dan bantuan ahli keluarga serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah lebih RM30,000 cukup untuk Toyek membuka bengkel sendiri yang lengkap dengan peralatan dan mesin.

Peralatan dan mesin yang dibeli itu pula adalah barangan terpakai yang hendak dilupuskan kilang dan dibeli pada harga jauh lebih murah berbanding harga asal.

Toyek, yang juga graduan memiliki diploma Universiti Teknologi MARA, (UiTM) Kampus Merbok mengakui penerimaan masyarakat terhadap golongan kurang upaya (OKU) sepertinya berbeza-beza. Ada yang menyokong, dan ada juga yang masih memandang rendah.

“Pernah ada pelanggan datang ke bengkel saya untuk baiki motosikal. Tapi, selepas dia tengok fizikal saya, dia tak jadi buat, lalu dia balik."

Namun semua itu langsung tidak membuatkan dia ambil hati, sebaliknya sentiasa berfikiran positif dan menanam semangat untuk tidak mahu menyusahkan sesiapa demi mencari pendapatan sendiri.

BACA >>> PETRONAS Lancar Bengkel Motosikal Bergerak Pertama Di Malaysia

SUMBER: Bernama

173
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bengkel motosikal, golongan kurang upaya (OKU), OKU

Comments

  1. Mazlan says

    December 11, 2019 at 7:54 AM

    Terbaik yob.Teruskan...

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my