Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»HAVAL Malaysia-Maxx N’ Go Jalin Kerjasama, Tawar Servis Bergerak Guna Aplikasi Mobil
Auto Terkini

HAVAL Malaysia-Maxx N’ Go Jalin Kerjasama, Tawar Servis Bergerak Guna Aplikasi Mobil

Han OthmanBy Han Othman05/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GO AUTO Sales Sdn Bhd, (HAVAL Malaysia) selaku pengedar rasmi kenderaan Haval di Malaysia mengumumkan perkongsian strategik dengan Maxx ‘N Go yang mana pemilik Haval boleh memilih melakukan penyenggaraan tanpa perlu menghantar kereta mereka ke pusat servis.

Kolaborasi ini cuba menghasilkan penyelesaian pintar dan keselesaan maksimum kepada pemilik Haval dalam urusan penyenggaraan kereta. Sebagai tambahan Maxx ‘N Go menawarkan aplikasi mobil bantuan penjagaan kereta secara on demand yang membolehkan pemilik Haval menetapkan lokasi, memilih masa sesuai dan mendapatkan servis diperlukan untuk kereta mereka.

BACA >>> Aplikasi Mobil, Maxx N’ GO Tawar Servis Serendah RM99 kepada Pemandu GrabCar

Sebagai penyedia perkhidmatan mobil rasmi untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) Haval, servis akan dilakukan dengan menggunakan produk pelincir dan alat ganti tulen keluaran Haval sendiri, dan semua itu boleh ditempah menerusi aplikasi mobil.

Pengarah Eksekutif Go Auto, Group, Dato’ SM Azli SM Nasimuddin berkata, Maxx ‘N Go dipilih sebagai pilihan servis untuk membantu meringankan beban pelanggan dalam urusan penyenggaraan SUV Haval mereka tanpa perlu mengorbankan masa.

“Paling penting pelanggan tidak perlu risau tentang waranti yang kami berikan selagi ia menggunakan minyak pelincir Go Auto dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketika servis,” katanya.

HAVAL Malaysia dan Maxx ‘N Go percaya perkongsian tersebut dalam jangka masa panjang dapat mewujudkan kesedaran kepada pengguna awam, terutama pelanggan Haval. Sebagai sebahagian SOP servis, pemeriksaan keselamatan 15 poin percuma akan dibuat.

Ini termasuk memeriksa bunga dan tekanan tayar, sistem brek, operasi pedal untuk brek dan klac, bateri, bilah pengelap dan juga paras bendalir seperti minyak brek, minyak gear, penyejuk @ coolant, minyak stereng dan pencuci cermin. Ini secara tidak langsung dapat mendidik dan mempromosikan keselamatan kepada pengguna Haval.

IKUT SOP, MASA FLEKSIBEL

Ketua Pegawai Teknikal (CTO) Maxx ‘N Go, Tengku Djan Ley berkata, perkongsian dengan Haval ialah peluang terbaik untuk menunjukkan fleksibiliti pelaksanaan servis kenderaan yang ditawarkan aplikasi mobil.

“Ini peluang terbaik untuk menunjukkan fleksibiliti dalam menyesuaikan servis kami dengan SOP dan alat ganti pengeluar, dan pada masa sama mengekalkan kualiti servis terbaik yang pelanggan harapkan,” katanya.

Menerusi kerjasama dengan Maxx ‘N Go juga, HAVAL Malaysia berharap syarikat itu mampu menyediakan servis asas seperti menukar minyak enjin dan bantuan jalanan kepada kira-kira 2,000 pemilik Haval di Selangor.

.Maklumat lanjut tentang HAVAL Malaysia boleh layari laman web HAVAL Malaysia, Facebook atau Instagram, atau hubungi khidmat pelanggan di 03-5569 7332, atau e-mel customercare@goauto.com.my, ATAU kunjungi laman web Maxx ‘N Go dan Facebook Maxx ‘N Go

aplikasi mobil Auto Terkini Dato' SM Azli SM Nasimuddin Go Auto Group Go Auto Sales Sdn Bhd Haval Haval Malaysia Maxx 'N GO Roda4 Tengku Djan Ley
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
Roda4

Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

24/07/2026
Roda4

BMW M2 CS 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.