Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

Abang HirataBy Abang Hirata03/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Leapmotor B05 2026

PENGELUAR kenderaan elektrik (EV) dari China, Leapmotor mendedahkan hatchback (SUV) kompak gaya coupe elektrik baharu, Leapmotor B05 2026 di Pameran Motor Brussels 2026 (Brussle Autosalon), sekali gus melengkapkan portfolio produk EV jenama itu dalam segmen-C.

Pengenalan itu mengukuhkan kedudukan Eropah sebagai wilayah strategik global selepas merekodkan pendaftaran lebih 35,000 unit kenderaan dan menubuhkan lebih 800 pusat jualan pada 2025.

Di pasaran tempatan, Leapmotor turut aktif dengan menawarkan kenderaan utiliti sukan (SUV), Leapmotor C10 PLUS versi dipertingkat dan edisi terhad C10 PLUS Night Edition yang tampil sporty dengan kit badan aerodinamik.

Rekabentuk Luaran Dinamik

Leapmotor B05 2026
Leapmotor B05 2026

Penampilan Leapmotor B05 menonjol dengan gaya coupé menerusi dimensi lebar 1,880mm untuk menyerlahkan kehadiran dominan di jalan raya. Kehadiran B05 turut menyuntik elemen segar di sebalik sejumlah SUV EV keluarga.

Postur aerodinamik yang condong ke depan dan garis badan kemas, mempamerkan elemen kekuatan dan pergerakan.

Antara ciri luaran utama ditonjolkan idalah penggunaan pintu tanpa frem, lampu depan bersepadu gaya bilah dan rim aloi Swift-Wing 19 inci.

Model itu ditawarkan dalam pilihan warna ekspresif: Yellow (kuning), Grey (kelabu), Metallic Black (hitam), Starry Night Blue (biru) dan Galaxy Silver (perak).

Ruang Kabin, Teknologi

Berikut ciri dimiliki Leapmotor B05 2026:

  • Penggunaan teknologi sel kepada casis Cell-to-Chassis membolehkan ruang kabin lebih luas untuk semua penumpang
  • Suasana kabin turut dipertingkat dengan bumbung panoramik yang juga terbesar dalam kelas bagi membolehkan cahaya semula jadi memenuhi ruang dalaman
  • Pemandu dan penumpang disediakan kerusi sport kulit eko (eco-leather) yang dilengkapi fungsi pemanas
  • Konsol tengah menempatkan perehat lengan yang disepadu dengan pengecas telefon pintar wayarles, dua pemegang cawan dan ruang storan tersembunyi
  • Sistem hiburan diakses melalui unit infotainmen definisi tinggi (HD) 14.6 inci berserta sistem audio kualiti tinggi dengan 12 pembesar suara
  • Menggunakan sistem operasi (OS) Leap OS 4.0 Plus baharu yang disertakan pembantu kecerdasan buatan (AI)
  • Ciri keselamatan dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) dengan 17 ciri untuk perlindungan terbaik kepada penumpang

Trenkuasa, Prestasi

Bukan saja tampil menarik, Leapmotor B05 2026 dilengkapi fungsi Kawalan Luncur untuk pemanduan lebih dinamik selain spesifikasi berikut:

  • Bateri: ProMax 67.1kWj
  • Jarak gerak: Sehingga 460km (WLTP)
  • Pecutan 0 – 100kmj: 6.7 saat
  • Pengecasan pantas (DC): Lebih 170kW
  • Lebar badan: 1,880mm
  • Kapasiti bateri: 67.1kWj
  • Rim: Swift-Wing 19 inci
  • ADAS: 17 ciri
  • Unit infotainmen: HD 14.6 inci
  • Sistem audio: 12 unit pembesar suara
Leapmotor B05 2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV) Leapmotor Leapmotor B05 Roda4 SUV EV Coupe
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    28/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.