HARLEY-Davidson melancarkan model Low Rider El Diablo Edisi Terhad dengan ciri dinaik taraf berbanding model standard Low Rider di Amerika Syarikat (AS).
Model ini ditawarkan pada harga AS$27,999 (RM125,550) dengan pengeluaran terhad 1,500 unit sahaja.
BACA >>> Harley-Davidson Pan America Special GI, Model Edisi Khas untuk Peminat Setia
Berikut perincian Low Rider El Diablo Edisi Terhad (2023):
- Rekabentuk depan hampir mirip seperti model standard.
- Menggunakan fairing kelawar dengan lampu utama LED bulat.
- Ada visor angin dengan ventilator udara sisi dan atas.
- Pasukan rekabentuk mendakwa Low Rider El Diablo adalah ekspresi moden FXRT 1983.
- Menerima skema warna kustom Candy Red (merah) daripada bengkel Gunslinger Custom Paint.
BACA >>> #Spyshot: 'Baby Harley' Dikesan di Pulau Pinang, Lancar Tahun Ini?
- Jalur emas pinstripe dilukis tangan pada badan motosikal.
- Dipasang pembesar suara kustom Rockford Fosgate 250 Watts dengan sambungan Bluetooth.
- Penunggang boleh menyambungkan telefon pintar untuk akses volum.
- Trenkuasa sama seperti model standard, iaitu 1,923cc Milwaukee Eight berkuasa 105hp dan tork 198Nm, manakala transmisi klac manual 6-kelajuan.
- Sistem suspensi fork terbalik (USD) 43mm dan monoshock belakang boleh laras prabeban.
BACA >>> Krisis Rusia-Ukraine: Harley-Davidson Henti Operasi Perniagaan, Eksport Motosikal ke Rusia
BACA >>> Harley-Davidson Daftar Tanda Dagang untuk Dua Logo Baharu Motosikal Elektrik
BACA >>> LiveWire S2 Del Mar Launch Edition (2023) Edisi Terhad Habis Ditempah dalam 18 Minit!
SUMBER: Bikewale
Leave a Reply