Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harley-Davidson FXDR 114 – Cruiser Kuasa Tinggi Lancar di Malaysia, Harga RM123k
Auto Terkini

Harley-Davidson FXDR 114 – Cruiser Kuasa Tinggi Lancar di Malaysia, Harga RM123k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HARLEY-Davidson FXDR 114 diperkenalkan Ogos tahun lalu di peringkat global dan baru saja tiba ke Malaysia sempena acara Art of Speed (AOS) Malaysia 2019.  Kini model cruiser casis ringan dengan enjin Milwaukee-Eight 114 itu sudahpun berada di pusat jualan Harley-Davidson seluruh negara.

HARGA BERMULA RM122K

FXDR 114 didatangkan dalam enam pilihan warna: Vivid Black, Black Denim, Industrial Gray Denim, Wicked Red Denim, Bonneville Salt Denim dan Rawhide Denim. Harga ditawarkan bermula RM122,500 dan pembeli yang mendaftarkan model ini sebelum 30 November layak mendapatkan aksesori mufler Eagle Titanium dan baucar aksesori sut menunggang bernilai RM4,200.

BACA >>> 13 Fakta Pantas – Harley-Davidson FXDR 114 (2019) dengan Casis Ringan dan Enjin Berkuasa

ENJIN BERKUASA

FXDR 114 ialah model ke-10 yang dibina berasaskan platform Softail, dijana enjin Milwaukee-Eight 114 dengan tork 161Nm @ 3,500rpm. Enjin dengan mounting rigid itu menampilkan rekabentuk kepala silinder 4 injap dan sensor dwi-ketukan, nisbah mampatan 10.0:1 dan dwi imbang-lawan (counter-balancer) untuk mengurangkan getaran ketika lahu.

Ambilan udara menghadap ke depan diilhamkan daripada jentera juara dunia drag, Screamin’ Eagle/Vance & Hines dan direka untuk meningkatkan aliran udara ke enjin. Ekzos 2-in-1 ditala bagi menghasilkan bunyi deruman lebih sedap didengar dan direka untuk memaksimumkan sudut miring.

PENAMPILAN GARANG

Seperti model Harley-Davidson moden lain, FXDR 114 menggunakan sistem LED penuh untuk lampu utama Daymaker dengan gegelang halo dan signal belok. Tidak ketinggalan jentera cruiser ini turut didatangkan dengan penghidup tanpa kunci (keyless), Sistem Keselamatan Pintar  dan palam pengecas USB.

Panel pada lampu utama memberikan ciri aerodinamik membelah angin, manakala saiz tangki minyak ditingkatkan kepada 16.7 liter untuk profil lebih panjang. Bahagian fairing mengambil ilham jentera lumba, dan belakang pendek mendedahkan tayar belakang 240mm untuk gaya drag.

BACA >>> Hasil Garapan Mr Martini, Legenda Kawasaki 70-an Jadi Inspirasi Vulcan 70

Pelana tunggal direka supaya sepadan dengan bahagian belakang. Penutup atas boleh ditanggalkan untuk membuka kompartmen simpanan dalam subfrem.

BERAT LEBIH RINGAN

Bagi mengekalkan karakter cruiser berkuasa, Harley-Davidson mengurangkan berat FXDR 114 kepada 302kg, menerusi pengurangan komponen:

  • Swingarm aluminium dikurangkan 4.6kg (6.25kg vs 10.8kg, atau 43 peratus pengurangan) daripada swingarm besi biasa Softail. Disebabkan berat unsprung terletak bawah suspensi, ada impak signifikan ke atas prestasi suspensi belakang.
  • Rim aluminium ringan 18 inci di belakang dengan tayar lebar 240mm.
  • Rim aluminium tempa ringan Ace 19 inci dengan jejari tirus.
  • Seksyen belakang dan pelana disokong subfrem tiub aluminium dikimpal.
  • Komposit seksyen belakang, yang menggantikan subfrem keluli, fender belakang keluli dan sokongan fender yang digunakan model Softail lain, mengurangkankan berat kira-kira 3.1kg.
  • Fender depan dan belakang ringan daripada material komposit ringan.

BACA >>> Harley-Davidson Versi Mampu Milik Akan Dihasilkan di China, Debut Penghujung 2020

DINAMIK CASIS

Casis Softail ditala bagi mendapatkan pengendalian responsif untuk tunggangan di laluan berselekoh dan trafik urban. Ia dilengkapkan suspensi belakang monoshock Softail dengan spring tunggal dan teknologi piston-bebas (free-piston) dalaman serta sudut optimum antara frem dan swingarm untuk meningkatkan respon dan jarak tunggangan.

Bahagian monoshock dilengkapkan tombol laras prabeban hidraulik luaran yang memudahkan penunggang menukar prestasi suspensi dengan pantas mengikut kondisi dan beban tertentu. Fork terbalik (USD) 43mm diperkuatkan bagi meningkatkan respon input stereng.

Teknologi kartrij-tunggal untuk fork dan spring tripel digunakan untuk meningkatkan prestasi membrek dan pengendalian. Keupayaan membrek diserahkan kepada brek cakera 300mm (depan) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai ciir standard. Selain itu, pilihan tayar prestasi tinggi Michelin® Scorcher® 11 bersaiz 120mm (depan) dan 240mm (belakang) memberikan pengendalian optimum dan prestasi membrek mantap.

GALERI
cruiser Didi Resources Sdn Bhd Harley Davidson FXDR 114 Harley Davidson Gasket Alley Harley-Davidson Harley-Davidson FXDR 114 (2019) Kruiser motosikal roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.