• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harley-Davidson Versi Mampu Milik Akan Dihasilkan di China, Debut Penghujung 2020

Harley-Davidson Versi Mampu Milik Akan Dihasilkan di China, Debut Penghujung 2020

June 21, 2019 By AO Leave a Comment

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEBERAPA bulan lalu, Harley-Davidson menyatakan minat untuk menghasilkan motosikal mampu milik dengan pengeluar Asia Selatan yang memberikan bayangan tentang syarikat di India.

Namun, berita terbaharu mengesahkan yang pengeluar motosikal dari Amerika Syarikat (AS) sudah memeterai perjanjian dengan rakan kongsi dari China, Qianjang Motorcycle.

BACA >>> Harley-Davidson Paling Mampu Milik Lancar Tahun Depan, Harga Dijangka RM30k?

DEBUT PENGHUJUNG 2020

Sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik itu, kedua-dua pengeluar bersetuju membangunkan motosikal paling mampu milik bersesaran 338cc yang akan dihasilkan di China dan dieksport ke seluruh dunia. Harley-Davidson memutuskan pergi ke China selepas mengambil kira pengalaman Qianjang dalam menghasilkan motosikal sesaran kecil premium, selain kemampuan memenuhi permintaan pelanggan dan sudah memiliki sumber bekalan siap ada.

Harley-Davidson menyiarkan foto prototaip motosikal 338cc dengan menampilkan gaya cruiser tradisional yang diadun bersama rupa streetfighter moden. Jentera itu nampak bakal dibina berasaskan frem trellis dan dipacu enjin Parallel-Twin penyejukan cecair, termasuk dipasangkan suspensi fork terbalik (USD), dwi cakera di depan dan lampu utama LED. Bagaimanapun versi final mungkin mengalami perubahan.

Model tersebut khabarnya akan dilancarkan di China menjelang penghujung 2020, disusuli pelancaran di beberapa negara Asia. Memandangkan Malaysia memiliki wakil pengedar Harley-Davidson dan kelompok peminat jenama itu yang boleh tahan besar, model ini dijangka memasuki pasaran tempatan pada awal atau pertengahan 2021.

BACA >>> Harley-Davidson Beli Syarikat Basikal Elektrik Kanak-Kanak, StaCyc

Berapakah agaknya harga Harley-Davidson mampu milik ini?

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amerika Syarikat (AS), Auto Terkini, China, Harley-Davidson, Harley-Davidson Mampu Milik, motosikal, Qianjang Motorcycle

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my