Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harley-Davidson Paling Mampu Milik Lancar Tahun Depan, Harga Dijangka RM30k?
Auto Terkini

Harley-Davidson Paling Mampu Milik Lancar Tahun Depan, Harga Dijangka RM30k?

AryonBy Aryon22/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HARLEY-Davidson paling mampu milik khabarnya akan dilancarkan di India seawal tahun depan pada harga serendah Rs2.5 lakh (RM15,000) yang pasti menjadi berita baik kepada peminat jenama motosikal dari Amerika Syarikat itu.

Selain India, Harley-Davidson turut merancang memasarkan segmen motosikal mampu milik itu untuk pasaran negara Asia lain menjelang 2020.

Pelan strategi baharu pemarasan itu  tersebut sebenarnya sudah diumum Harley-Davison pada suku pertama tahun ini menerusi pembangunan platform motosikal baharu, dimulai dengan segmen 250cc dan 500cc. Ia kemudian akan disusuli platform kelas pertengahan, iaitu 750cc. Bagaimanapun segmen  250-500cc dibangunkan untuk pasaran tertentu seperti India.

DIPASANGKAN DI INDIA

BACA >>> Pelan Harley-Davidson: Serius Masuk Pasaran Asia, Bakal Lancar Model 250cc

Motosikal baharu itu dilaporkan akan dipasangkan syarikat perusahaan tempatan, tetapi Harley-Davidson menutup mulut daripada mendedahkan siapakah rakan kongsi berkenaan. Barisan model baharu itu juga mungkin akan dieksport ke pasaran negara lain.

Dari segi spesifikasi, model Harley-Davidson bersesaran kecil itu akan dipacukan enjin silinder tunggal yang kali pertama dibangunkan pengeluar itu. Ia sesuatu yang baharu, tetapi pastinya bukan terlalu sukar buat Harley-Davidson yang memiliki sejarah pembuatan motosikal lebih 100 tahun

Jika benar apa diuar-uarkan, tidak mustahil kita akan melihat model pertama 250-500cc pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, tahun ini.

BACA >>> Beginikah Rupa Motosikal Harley-Davidson Enjin Kecil?

Jika masuk pasaran Malaysia dan mengambil kira cukai dikenakan, harga jangkaan Harley-Davidson versi mampu milik ini mungkin dijual sekitar RM30k.

Auto Terkini Harley-Davidson Harley-Davidson 250cc Harley-Davidson 500cc India roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT, 115 Untuk Ulang Tahun ke-115 TT

    23/05/2026
    Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol | Ismaliza
    Auto Terkini

    AFA Prime Keluar Lebih 2,000 Notis Tuntutan Kes Tidak Bayar Tol KLK, LPT1

    22/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    LRT Laluan Kelana Jaya
    Auto Terkini

    Tiada Lagi ‘Tin Sardin’, Laluan LRT Kelana Jaya Bakal Terima 26 Tren Baharu Menjelang 2031

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.