SELEPAS naik beberapa kali, akhirnya harga runcit bagi petrol RON97 turun sebanyak 31 sen. Manakala RON95 dan diesel terus kekal tanpa sebarang perubahan. Harga bahan api dan diesel itu berkuat kuasa jam 12:01 pagi ini, 01/12/2018 hingga 31/12/2018.
Ini bermakna harga RON97 turun daripada RM2.81 kepada RM2.50 seliter. Manakala RON95 kekal RM2.20 seliter dan Diesel pada RM2.18 seliter.
SENARAI HARGA MINYAK [01/12/18 - 31/12/18]
- RON95: RM2.20/liter (kekal)
- RON97: RM2.50/liter (turun 31 sen)
- Diesel: RM2.18/liter (kekal)
BACA >>> Saya Sudah Pandu Uji, SUV Proton Ini Kereta yang Bagus dan Berkualiti Tinggi - Tun M
BACA >>> Menteri: Minyak Akan Naik Berperingkat untuk Pengguna Bukan B40
BACA >>> #SembangDeras: Benarkah Harga Kereta di Malaysia Mahal? Penasihat Kewangan Ini Buat Perbandingan
Leave a Reply