• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Minyak Akan Naik Berperingkat untuk Pengguna Bukan B40

Menteri: Minyak Akan Naik Berperingkat untuk Pengguna Bukan B40

November 29, 2018 By AO Leave a Comment

742
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN bakal menaikkan harga petrol secara berperingkat, menurut kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Menurutnya, keputusan itu sudah pun dipersetujui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga sudah dibincangkan bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Saifuddin dipetik BH Online berkata, kenaikan tersebut bagaimanapun tidak melibatkan kumpulan B40 yang layak mendapat subsidi minyak 30 sen yang mana mekanisme pemberian masih dalam kajian Kerajaan.

BACA >>> #SembangDeras: Subsidi Minyak 30 Sen Lebih Kurang Sama dengan Nilai BRIM Setahun?

"Berperingkat bermaksud akan ada implikasi kepada kewangan Kerajaan. Perkara ini saya sudah berbincang dengan Menteri Kewangan.

“Contohnya, kalau harga minyak itu floating (terapung) pada harga 30 sen (seliter), tetapi Kerajaan kata kita naikkan pada harga 5 sen (seliter) sahaja, jadi 25 sen itu ialah nilai yang Kerajaan akan serap,” katanya selepas majlis Perhimpunan Bulan November 2018 di kementerian itu di Putrajaya, semalam.

KUMPULAN LAYAK SUBSIDI - B40

Saifuddin turut mengakui ada permintaan supaya subsidi petrol secara bersasar diperluaskan kepada kumpulan terendah dalam kelompok isi rumah berpendapatan pertengahan (M40). Bagaimanapun katanya, kementerian akan memulakan dasar baharu itu kepada isi rumah berpendapatan rendah (B40) dahulu.

“Setakat ini, kementerian masih dalam penelitian menyenaraikan kelompok golongan sasaran yang akan menikmati subsidi berkenaan, manakala Kementerian Kewangan pula dalam proses memuktamadkan penyedia perkhidmatan yang layak.

“Pada masa sama satu pasukan khas sudah ditubuhkan diketuai Timbalan Ketua Setiausaha kementerian ini, Badrul Hisham Mohd yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan dasar ini berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata lagi, kementerian bercadang melakukan latihan dalam tempoh bermula Disember ini hingga Mac depan bagi melihat sistem subsidi itu yang hampir selesai dibangunkan ketika ini.

BACA >>> #SembangDeras: Aduh, Kenapa RON95 Nak Kena Ikut Harga Minyak Dunia Pulak?

Kerajaan dalam pembentangan subsidi lalu, bercadang melaksanakan pemberian subsidi petrol bersasar kepada pemilik kenderaan dan motosikal daripada golongan B40 melalui mekanisme 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal bermula suku kedua tahun depan.

B40 ialah kumpulan penduduk di Malaysia yang memiliki pendapat isi rumah kira-kira RM4,000 ke bawah.

742
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, B40, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, M40, Subsidi, Subsidi Petrol

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
    Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
  • SAV Terbabas Langgar Lopak Air Di LPT2, Warga Singapura Maut
    SAV Terbabas Langgar Lopak Air Di LPT2, Warga Singapura Maut
  • Polis Cari Pemandu Honda City Masuk Lorong Motosikal Lebuh Raya Persekutuan
    Polis Cari Pemandu Honda City Masuk Lorong Motosikal Lebuh Raya Persekutuan
  • Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut
    Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my