• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harga Petrol RON97 Turun Lagi, RON95 dan Diesel Kekal Mulai Esok (03/08/19)

Harga Petrol RON97 Turun Lagi, RON95 dan Diesel Kekal Mulai Esok (03/08/19)

August 2, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

harga ron95
BERMULA esok (03/08), harga runcit bagi petrol RON97 turun lagi 2 sen. Manakala harga petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal. Harga bahan api dan diesel itu berkuat kuasa jam 12:01 pagi ini, 03/08/2019 hingga 09/08/2019.

Ini bermakna, harga bahan api RON97 turun daripada RM2.56 kepada RM2.54 seliter berbanding minggu lalu. Harga RON95 pula kekal kepada RM2.08 seliter. Manakala diesel turut sama kekal pada RM2.18 seliter.

Terbaharu, Pakatan Harapan (PH) akhirnya bersetuju memberikan subsidi petrol dalam bentuk bantuan tunai kepada mereka yang namanya ada dalam senarai Bantuan Sara Hidup (BSH), menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hel Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Keputusan bantuan tunai mengikut format BSH itu dibuat selepas Kerajaan menimbangkan pelbagai cadangan sejak hampir setahun lalu.

TIADA TUNAI UNTUK YANG TIADA KERETA, MOTOR

Kebanyakan penerima BSH memohon menggunakan slip gaji dan pencen. Jadi, Kerajaan memutuskan menggunakan senarai penerima BSH untuk pemberian tunai subsidi petrol, kata sumber yang juga pegawai kementerian.

"Kami boleh buat semak silang dengan data JPJ. Daripada situ, kami boleh lihat jenis kereta yang dimiliki pemohon. Bagi mereka yang tiada kenderaan, mereka tidak dapat tunai," katanya.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada November tahun lalu berkata, Kerajaan merancang memberikan subsidi petrol RON95, 30 sen seliter kepada pemilik kereta 1,500cc untuk 100 liter dan motosikal 125cc ke bawah (40 liter).

BACA >>> FAQ: Peraturan Baharu Cermin Gelap 2019 [Edisi Mudah Faham]

SENARAI HARGA MINYAK [03/08/19 - 09/08/19]

  • RON95: RM2.08/liter (kekal)
  • RON97: RM2.54/liter (turun 2 sen )
  • Diesel: RM2.18/liter (kekal)

BACA >>> #SembangDeras: Subsidi Minyak 30 Sen Lebih Kurang Sama dengan Nilai BRIM Setahun?

BACA >>> VinFast - Kereta Nasional Vietnam, dan Siapa di Sebalik Pengeluar Automotif Itu?

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: harga minyak ogos 2019, harga petrol ogos 2019

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
    Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
  • Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
    Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
  • Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
    Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
  • JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta
    JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my