Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harga Petrol RON97 Naik, RON95 dan Diesel Kekal Mulai Esok (24/08/19)
Auto Terkini

Harga Petrol RON97 Naik, RON95 dan Diesel Kekal Mulai Esok (24/08/19)

Abang GYLBy Abang GYL23/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

harga ron95
BERMULA esok (24/08), harga runcit bagi petrol RON97 naik sebanyak 2 sen. Manakala harga petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal. Harga bahan api dan diesel itu berkuat kuasa jam 12:01 pagi ini, 24/08/2019 hingga 30/08/2019.

Ini bermakna, harga bahan api RON97 naik daripada RM2.49 kepada RM2.51 seliter berbanding minggu lalu. Harga RON95 pula kekal kepada RM2.08 seliter. Manakala diesel turut sama kekal pada RM2.18 seliter.

Terbaharu, Pakatan Harapan (PH) akhirnya bersetuju memberikan subsidi petrol dalam bentuk bantuan tunai kepada mereka yang namanya ada dalam senarai Bantuan Sara Hidup (BSH), menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hel Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Keputusan bantuan tunai mengikut format BSH itu dibuat selepas Kerajaan menimbangkan pelbagai cadangan sejak hampir setahun lalu.

TIADA TUNAI UNTUK YANG TIADA KERETA, MOTOR

Kebanyakan penerima BSH memohon menggunakan slip gaji dan pencen. Jadi, Kerajaan memutuskan menggunakan senarai penerima BSH untuk pemberian tunai subsidi petrol, kata sumber yang juga pegawai kementerian.

“Kami boleh buat semak silang dengan data JPJ. Daripada situ, kami boleh lihat jenis kereta yang dimiliki pemohon. Bagi mereka yang tiada kenderaan, mereka tidak dapat tunai,” katanya.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada November tahun lalu berkata, Kerajaan merancang memberikan subsidi petrol RON95, 30 sen seliter kepada pemilik kereta 1,500cc untuk 100 liter dan motosikal 125cc ke bawah (40 liter).

BACA >>> FAQ: Peraturan Baharu Cermin Gelap 2019 [Edisi Mudah Faham]

SENARAI HARGA MINYAK [24/08/19 – 30/08/19]

  • RON95: RM2.08/liter (kekal)
  • RON97: RM2.51/liter (naik 2 sen )
  • Diesel: RM2.18/liter (kekal)

BACA >>> #SembangDeras: Subsidi Minyak 30 Sen Lebih Kurang Sama dengan Nilai BRIM Setahun?

BACA >>> VinFast – Kereta Nasional Vietnam, dan Siapa di Sebalik Pengeluar Automotif Itu?

harga diesel ogos 2019 harga petrol ron95 ogos 2019 harga petrol ron97 ogos 2019
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.