Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harga Kawasaki 2018 Didedahkan – H2 SX Lebih Murah, Z900RS Lagi Mahal?
Auto Terkini

Harga Kawasaki 2018 Didedahkan – H2 SX Lebih Murah, Z900RS Lagi Mahal?

ZYBy ZY18/11/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MASIH menanti khabar mengenai harga jentera Kawasaki seperti supercas tourer, Ninja H2 SX, termasuk retro moden, Z900RS dan Z900RS CAFE serta model baharu lain? Kali ini kami ada khabar gembira dan duka untuk anda.

Menurut Motorcycle Magazine yang berpangkalan di Britain, harga jentera terbaru Kawasaki untuk musim 2018 sudah pun didedahkan. Berita tergempar, harga Kawasaki Ninja H2 SX adalah jauh lebih murah berbanding versi asal Ninja H2 – yang kita sedia maklum lebih murah daripada versi trek, Ninja H2R. Rumusnya begini, H2 SX<H2<H2R. 

H2 SX LEBIH MURAH?

Ditawarkan pada harga £15,099 (RM82,725), jentera supercas kembara itu murah kira-kira £10,000 (RM54,788) berbanding versi superbike jalanan, Ninja H2 yang berharga sekitar £25,499 (RM139,705). Jika dikira kadar tukaran matawang asing semasa, nilai Ninja H2 SX setanding Kawasaki Versys 1000GT yang sudah ada di pasaran tempatan!

Namun ingat, kadar cukai dan strategi pemasaran motosikal import berkuasa tinggi di sini berbeza daripada negara seberang laut sana. Mungkin ‘murah’ di negara maju seperti Britain, tetapi lain pula cerita jika dibawa masuk ke Malaysia.

Berdasarkan perbandingan antara harga pasaran tempatan dan luar negara untuk jentera setara Kawasaki, iaitu GTR1400 dan Ninja ZX-14R, dijangka Ninja H2 SX dijual sekitar RM117,000 (jika bernasib baik) hingga RM150,000. Hampir sama harga Ninja H2 yang bermula RM154,000.

BACA >>> #EICMA2017: Kawasaki Ninja H2 SX (2018), Supercas Kembara Tidak Lagi Sendirian

Pada harga menyamai sebuah sedan mewah, Ninja H2 SX pasti bukan jentera mampu milik bagi kebanyakan peminat motosikal Malaysia. Namun, jika dilihat spesifikasi dan ciri ditawarkan, seperti pelana pembonceng (ciri penting buat penunggang ‘family man’) dan talaan enjin supercas yang lebih mesra penunggang, Ninja H2 SX pasti dapat memuaskan hati ramai pembeli dan pemilik jentera berkuasa tinggi yang mengimpikan superbike supercas Ninja H2 dalam versi lebih praktikal.

NINJA 400 PALING MAMPU MILIK?

2018 Kawasaki Ninja 400
2018 Kawasaki Ninja 250

Kepada mereka yang mahu berjinak-jinak dalam dunia permotoran, model terbaru kelas permulaan, Kawasaki Ninja 400 ditawarkan bermula £5295 (RM29,010), setanding jentera sekelas lain seperti KTM RC390 dan Honda CBR500.

BACA >>> #TMS2017: Kawasaki Dedah Sportbike untuk Novis – Ninja 400

Setakat ini, tiada berita tentang harga Ninja 250 terbaru, tetapi berasaskan harga Ninja 400 di atas, kami menjangka sportbike itu dijual pada harga kompetitif supaya dapat bersaing dengan Yamaha YZF-R25 yang sudah memonopoli pasaran jentera sport 250cc sekarang.

HARGA Z900 JADI PENGUKUR

Kawasaki Z900RS Malaysia

Kepada abang-abang peminat motor gaya retro, Z900RS dalam versi café racer boleh dimiliki pada harga bermula £9,899 (RM54,235), manakala Z900RS CAFE pula sedikit mahal, £10,349 (RM56,700). Kedua-dua model diletakkan dalam julat harga kira-kira £2,000 (RM10,957) atau 20 peratus lebih tinggi berbanding streetfighter versi asal, Z900 berharga £8,400 (RM46,022).

BACA >>> #EICMA2017: Kawasaki Z900RS CAFE – Kejutan Istimewa Buat Peminat Café Racer!

Ini menjadikan anggaran harga jentera retro sport itu, jika dibawa masuk, adalah lebih kurang RM60,000 berbanding Z900 (RM50,000) di pasaran tempatan masa kini.

NINJA ZX-10R SE BERHARGA KERAS!

Akhir sekali ialah Kawasaki Ninja ZX-10R SE, superbike 1,000cc versi naik taraf daripada, ZX-10R. Seperti dijangka, harganya lebih maha, tetapi apa yang mengejutkan, harga superbike itu turut lebih ‘keras’ berbanding versi homologasi (versi berasaskan spesifikasi perlumbaan), Ninja ZX-10RR yang juga dilengkapi rim Marchesini dan Quick Shifter.

Beza harga antara ZX-10R SE dan ZX-10RR versi homolagasi, anda perlu menambah kira-kira RM14,000 untuk dilengkapkan teknologi Suspensi Kawalan Elektronik Kawasaki atau Kawasaki Electronic Control Suspension (KECS) daripada Showa. Pelaburan yang seakan tidak masuk akal bagi peminat superbike yang rata-rata lebih mementingkan aspek kelajuan maksimum daripada prestasi kendalian.

Takkanlah dah  putus asa? Jangan cepat mengalah sebab harga di atas cuma spekulasi awal. Kita tunggu pula kehadiran model-model tersebut di Malaysia untuk tahun hadapan. Harapnya ada berita yang lebih enak daripada Kawasaki Malaysia!

SUMBER: Motorcycle Magazine

harga kawasaki Kawasaki kawasaki 2018 kawasaki h2 sx kawasaki ninja Kawasaki Ninja 250 kawasaki ninja 250 2018 Kawasaki Ninja 400 Kawasaki Z900RS kawasaki z900rs cafe racer kawasaki zx-10r kawasaki zx-10r se kawasaki zx-10rr roda2
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

10/04/2026
Auto Terkini

Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

09/04/2026
Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
Auto Terkini

Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

09/04/2026
Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025
Auto Terkini

MOT: e-Hailing Digalak Perluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol

09/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Auto Terkini

Perodua Bezza Potong ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie09/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

By Shazwan Hisam04/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.