• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #EICMA2017: Kawasaki Z900RS CAFE – Kejutan Istimewa Buat Peminat Café Racer!

#EICMA2017: Kawasaki Z900RS CAFE - Kejutan Istimewa Buat Peminat Café Racer!

November 10, 2017 By ZY 2 Comments

589
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAMPAKNYA jentera retro-sport Z900RS bukanlah satu-satunya kejutan dilakukan Kawasaki buat pencinta jentera retro tahun ini. Mengejutkan untuk Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017 yang sedang berlangsung, Kawasaki turut tampil memperkenalkan versi café racer dinamakan Z900 RS CAFE!

Pengarah Kawasaki Motors Europe, Morihiro Ikoma berkata;

Kami gembira dengan sambutan menggalakkan dari seluruh dunia untuk Z900RS ketika dilancarkan beberapa minggu lalu. Z900RS CAFE meluaskan lagi daya penarik ditawarkan model RS, dan menambah personifikasi pada slogan True Spirit (Semangat Sebenar)."

Sememangnya Z900RS cukup mempesonakan. Spesifikasi teknikal masih mengekalkan ciri-ciri yang ada pada Z900RS, seperti enjin 900cc berkuasa 110hp dengan perubahan lebih bertumpu kepada aspek kosmetik. Seperti yang dapat anda jangka, Z900RS CAFE diihamkan daripada jentera retro café racer yang menjadi tema anak muda sekitar era 60-an lalu.

BACA >>> Kawasaki Z900 ABS Hanya RM49,158 Seunit - Harga Memang 'Tak Masuk Akal'

Versi CAFE ini dipadankan dengan bullet fairing, bar hendal lebih rendah dan pelana berbonggol yang tampak lebih ranggi berbanding Z900RS. Menurut Kawasaki, frem trellis jentera café racer ini turut diberikan perubahan minimalis pada bahagian hadapan yang ditinggikan sedikit berbanding frem Z900RS.

Harga? Seperti Z900RS, hanya akan didedahkan ketika pelancaran rasmi tahun hadapan. Buat masa ini, cuma fokus kepada penuhkan tabung dulu ok?

GALERI

589
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Cafe racer, EICMA 2017, Kawasaki Z900RS, kawasaki z900rs cafe, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017, retro modern, retro-sport, z900rs, z900rs cafe

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my