Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Halfords Fingerprint T-Bar – Pengunci Stereng dengan Teknologi Biometrik
Auto Terkini

Halfords Fingerprint T-Bar – Pengunci Stereng dengan Teknologi Biometrik

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HALFORDS
baru melancarkan produk keselamatan kenderaan baharu yang mampu mengurangkan kadar jenayah kecurian kenderaan berteknologi tinggi di Britain.

Dipanggil Halfords Fingerprint T-Bar, pengunci stereng kereta ini ialah alat keselamatan pertama dunia menggunakan teknologi biometrik yang diaktifkan menggunakan cap jari pemilik kereta.

BACA >>> #TahukahAnda: Tukul Cermin – Alat Kecemasan Berguna yang Pemandu Tidak Peduli

Tiada sebarang kunci diperlukan, cuma letak jari atas permukaan sensor untuk membuka pengunci stereng tersebut. Jadi memang tiada peluang untuk pencuri cuba menggodam lubang kunci. Pengunci stereng ini juga mampu menyimpan memori hingga 20 cap jari berbeza pada satu-satu masa, sekali gus memudahkan pemandu dan ahli keluarga menanggalkan pengunci stereng tersebut.

Memori cap jari boleh dipadamkan dengan menyimpan rekod cap jari baharu pada bila-bila masa. Sensor pengimbas ialah komponen elektronik yang memerlukan sumber kuasa. Ada alat pengecas USB dibekalkan kepada pengguna untuk mengecas semula bateri.

BACA >>> Hyundai Santa Fe (2019) Guna Teknologi Imbas Cap Jari untuk Buka Pintu, Hidup Enjin

Menurut Halfords, bateri digunakan mampu bertahan hingga enam bulan sebelum perlu dicas semula.

Bahagian dalaman kepala pengunci stereng dimuatkan pelapik busa untuk mengelakkan stereng tercalar. Peranti ini sesuai untuk semua jenis roda stereng, termasuk yang dilengkapi sistem beg udara.

Pakar Jenayah Kereta Halfords, Pavan Sondhi berkata, pengunci stereng amat efektif untuk mencegah kejadian kehilangan kereta.

“Dengan menambah teknologi biometrik pada alat pencegah kecurian, kami mencipta satu lagi rintangan sebagai benteng keselamatan terakhir yang lebih sukar untuk pencuri melarikan kenderaan,” katanya.

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha R15 Tekno dengan Penghidup Biometrik, Guna Pengimbas Cap Jari

Halfords Fingerprint T-Bar berharga £59.99 (RM330) dengan jaminan dua tahun. Menurut Halfords, produk itu dilancarkan selepas menjalankan kaji selidik membabitkan 2,000 pemilik kenderaan.

Berdasarkan keputusan data, satu perlima pemilik kenderaan tidak pernah menggunakan alat pencegah kecurian pada kereta masing-masing. Hampir satu pertiga pemilik kenderaan mengakui mereka pernah menjadi mangsa jenayah kereta dalam tempoh beberapa tahun lalu.

BACA >>> Squire Lancar Padlok Paling Kuat di Dunia, Selebar Tapak Tangan, Seberat 4.3kg!

GALERI

SUMBER: DailyMail | Halfords

 

aksesori Auto Terkini Halfords Fingerprint T-Bar Halfords Fingerprint T-Bar Steering Lock pengunci stereng Peranti Keselamatan Kenderaan teknologi automotif
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.