Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hafizh vs Imigresen: Netizen Berperang di Media Sosial!
Auto Terkini

Hafizh vs Imigresen: Netizen Berperang di Media Sosial!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ISU melibatkan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin dan Jabatan Imigresen Malaysia mula mendapat perhatian netizen tempatan selepas dia meluahkan kekecewaan dan mengkritik agensi Kerajaan itu kerana tidak membenarkan isterinya, Noor Suzana Abdul Manaf menemaninya ke Eropah.

Semuanya gara-gara luahan kekecewaan Hafizh yang dicoretkan dalam Instagram Story seperti ditangkap layar di bawah ini.

Luahan Hafizh itu kemudian mendapat perhatian pihak Imigresen yang tampil mengeluarkan kenyataan balas. Menurut agensi itu, Hafizh tidak dibenarkan membawa isteri kerana hanya atlet yang berpangkalan di luar negara saja dibenarkan membawa pasangan mereka.

Ini kerana Hafizh dikelaskan sebagai atlet yang menyertai kejohanan luar secara on-off , iaitu tidak menetap di luar negara dalam jangka masa lama, sekali gus membuatkan dia tidak layak ditemani isterinya. 

BACA >>> Isteri ‘Sangkut’ di Imigresen, Hafizh Bengang
BACA >>> Tidak Dibenarkan Bawa Isteri, Imigresen Balas Kenyataan Hafizh

Reaksi netizen mengenai isu tersebut bercampur-campur. Kalangan peminat permotoran menyokong permintaan Hafizh memandangkan risiko tinggi perlu dihadapinya, lebih-lebih lagi selepas MotoGP dikejutkan dengan berita kematian pelumba Moto3, Jason Dupasquier dalam nahas di Mugello minggu lalu.

Pendapat mereka, memang wajar Hafizh membawa bersama individu terdekat dengan dirinya sebagai persediaan jika berlaku insiden tidak diingini. Isu itu sudah pun dijelaskan pelumba itu dalam luahannya di Instagram.

BACA >>> Kenapa Quartararo Kibar Bendera Switzerland di Podium?
BACA >>> Bagnaia: Perlumbaan Tak Patut Diteruskan

Pada masa sama, tidak kurang juga netizen yang membantah dan menyindir. Kata mereka, Hafizh tidak sepatutnya diberikan layanan istimewa dan sepatutnya patuh kepada undang-undang ditetapkan.

Sesetengahnya menyamakan situasi dihadapi Hafizh dengan barisan perajurit negara. Jika Hafizh dibenarkan membawa isteri, askar juga patut diberi kebenaran sama memandangkan risiko juga tinggi.

Begitulah kisah antara Hafizh dan Imigresen. Semoga isu ini tidak mengganggu fokus pelumba NTS RW Racing GP itu kerana dia bakal berentap di Catalunya hari ini. Diharapkan Hafizh mampi konsisten dan bermotivasi untuk memberi persembahan terbaik walaupun tanpa isteri di sisi.

BACA >>> Hafizh Lega Tak Perlu Lama Kuarantin di Hotel
BACA >>> Enjin Motor Panas Gagalkan Hasrat Hafizh Dapat 6 Terbaik

Auto Terkini Facebook Hafizh Syahrin imigresen jabatan imigresen malaysia Moto2 MotoGP Mugello MyTravelPass (MTP) netizen NTS RW Racing GP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PKP
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.