Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hafizh Syahrin ke Pasukan Satelit Suzuki?
Auto Terkini

Hafizh Syahrin ke Pasukan Satelit Suzuki?

AryonBy Aryon13/06/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPERTI tahun-tahun sebelum ini, spekulasi di padok MotoGP kini menular dalam kalangan media permotoran antarabangsa mengenai perpindahan pelumba-pelumba untuk musim 2020.

Pasukan Stop and Go Moto2 dilaporkan cuba mengambil alih grid pasukan satelit, Avintia Ducati dengan jentera baharu, Suzuki. Bagaimanapun, khabar angin itu dinafikan bos Suzuki, Davide Brivio yang kononnya pengeluar Jepun itu bersedia melancarkan pasukan satelit. Pada masa sama, beliau mengakui gesaan daripada pengendali Dorna supaya Suzuki menambah dua lagi jentera (pasukan satelit atau Moto2?) di padok mereka secepat mungkin.

BACA >>> Bos KTM Tech3 Tak Faham Kenapa Hafizh Gagal Konsisten, Kejap Laju, Kejap Perlahan

Menariknya, muncul juga desas-desus mengatakan pengurusan Hafizh Syahrin kini sedang berunding dengan Dorna mengenai masa depan pelumba negara itu. Walaupun prestasi Hafizh merosot teruk musim ini, tetapi reputasi sebagai satu-satunya pelumba Asean yang bersaing dalam kelas premier membuatkan kehadiran dia tidak boleh diketepikan begitu saja. Hafizh diakui memiliki pengaruh besar dalam pemasaran MotoGP di Asean yang memiliki kelompok peminat yang besar.

Jadi, Hafizh khabarnya mampu menggalas tanggungjawab sebagai pelumba satelit, manakala tempatnya di KTM Tech3 dikatakan akan diganti pelumba KTM Moto2, Brad Binder.

PASUKAN SATELIT BUKAN TAHUN DEPAN?

Suzuki pernah menyuarakan minat mewujudkan pasukan satelit bagi membantu pembangunan jentera GSX-RR. Pengeluar itu dipercayai sudah memeterai perjanjian dengan pasukan Marc VDS setahuh lalu, tetapi pelan itu gagal disebabkan krisis yang berlaku dalam pasukan tersebut. Malah, Brivio masih menimbang idea tentang penubuhan  pasukan satelit Suzuki.

“Kami mahu buat pasukan satelit dan kami dah cuba, tapi tidak mungkin untuk 2020. Kami cakap benda sama beberapa tahun lepas, tetapi sekarang kami nampaknya perlu cuba benda sama lagi untuk 2021. Kami betul-betul mahu lakukannya, tetapi sumber kami terhad dan kami perlu uruskan struktur yang elok.

BACA >>> #MotoGP2019: Rins Beri Podium Pertama untuk Suzuki, Marquez Tergolek, Rossi Berbisa

“Pilih rakan kongsi yang betul pun satu hal juga, tapi bila kami dah buat keputusan untuk buat pasukan satelit kita akan tengok kalau ada pasukan yang berminat. Mungkin tahun depan kami perlu buat benda ni untuk capai sasaran 2021,” katanya.

SUMBER: MCN

Auto Terkini Bo55ku Davide Brivio el pescao Hafizh Syahrin MotoGP MotoGP 2019 Pasukan Satelit Suzuki sukan permotoran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Mohd Faizul Bin abdul kadir on 14/06/2019 12:58

      Tahun ini hafizh kena main berani dapat nombor 1 abg zul penang ni buat rumah terbuka

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.