Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»GWM Malaysia Lancar Kempen Merdeka 2025 Tema ‘Gaya. Wawasan. Malaysia.’
Auto Terkini

GWM Malaysia Lancar Kempen Merdeka 2025 Tema ‘Gaya. Wawasan. Malaysia.’

SyafieBy Syafie19/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

GWM Malaysia lancar kempen Merdeka 2025

SEMPENA sambutan Hari Kebangsaan ke-68, GWM Malaysia memperkenalkan Kempen Merdeka 2025 dengan tema ‘Gaya Wawasan Malaysia‘ yang berlangsung sepanjang 16 Ogos hingga 28 September 2025.

Kempen itu diraikan melalui siri aktiviti menarik di bilik pameran, promosi eksklusif dan jelajah seluruh negara yang mengangkat semangat kemerdekaan penuh gaya dan inovasi.

Ketua Pegawai Operasi (CEO) GWM Malaysia, Roslan Abdullah berkata;

Merdeka adalah masa untuk kita menilai sejauh mana pencapaian negara dan melangkah ke depan dengan keyakinan.

“Di GWM, mobiliti bukan sekadar pengangkutan, tetapi simbol memperkasa rakyat, menghubungkan komuniti dan memacu kemajuan. ‘Gaya Wawasan Malaysia’ melambangkan komitmen kami untuk menawarkan produk serta pengalaman yang membanggakan rakyat Malaysia.”

‘Merdeka Book & Win’

GWM Merdeka Book And Win
GWM Merdeka Book And Win
GWM Merdeka Book And Win

Sepanjang tujuh hujung minggu kempen, pelanggan yang menempah kenderaan GWM di bilik pameran sah berpeluang menyertai peraduan ‘Merdeka Book & Win’.

  • Cabutan segera di lokasi
  • Cabutan Bertuah Utama bernilai keseluruhan hingga RM120,000

Antara hadiah utama menanti ialah:

  • iPhone 16 Pro (128GB)
  • Nintendo Switch 2
  • DJI Osmo Pocket 3
  • Philips Air Purifier
  • Xiaomi X20+ Robot Vacuum
  • Samsung Galaxy A56
  • Marshall Acton III
  • Sony WH-1000XM5 Noise Cancelling Headphones
  • Galaxy Watch 7
  • Dyson Cool Fan

Promosi Eksklusif Ogos

GWM Merdeka Book And Win

Sempena bulan kemerdekaan, GWM Malaysia turut menawarkan tawaran istimewa, pakej nilai tambah dan penjimatan masa terhad untuk semua model GWM yang menjadikan pemilikan kenderaan jenama itu lebih berbaloi berbanding sebelum ini.

Siri Jelajah ‘GWM Goes on Tour’


Bagi mendekatkan jenama kepada rakyat Malaysia, GWM Goes on Tour akan singgah ke beberapa lokasi utama dengan tawaran pandu uji, aktiviti interaktif dan promosi eksklusif.

Zon Tengah

  • Mid Valley Kuala Lumpur: 10-14 September
  • GF Luxe, 1 Utama: 7 Oktober-6 November

Zon Utara

  • Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang: 30 Oktober – 2 November
  • Ipoh Parade: 6-9 November

Zon Selatan

  • Paradigm Mall, Johor Bahru: 27-31 Ogos

GWM Perluas Rangkaian dengan Bilik Pameran Baharu di Klang

Dalam usaha memperkukuh kehadiran di Malaysia, bilik pameran baharu GWM Klang dibuka di PT 4209, Jalan Kapar, Kawasan 18.

  • Luas keseluruhan: 3,900 kaki persegi
  • Ruang menunggu pelanggan: 1,140 kaki persegi
  • 3 ruang servis dengan kapasiti hingga 200 kenderaan sebulan

Waktu operasi:

  • Jualan: 9 pagi – 6 petang (setiap hari)
  • Servis: 8 pagi – 5.30 petang (tutup Ahad dan Cuti Umum)

Bilik pameran itu direka untuk memberi pengalaman runcit premium bersama sokongan selepas jualan cekap dan boleh dipercayai. Layari www.gwm.com.my atau kunjungi bilik pameran GWM berdekatan untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Merdeka 2025 – Gaya Wawasan Malaysia.

Auto Terkini GWM Malaysia Hari Kebangsaan ke-68 Kempen Merdeka 2025
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.