Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»GPX Malaysia Lancar Sportbike Demon GR200R (2021), Harga RM11.3k!
Auto Terkini

GPX Malaysia Lancar Sportbike Demon GR200R (2021), Harga RM11.3k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GPX Malaysia sebentar tadi memperkenalkan Demon GR200R (2021) ke pasaran tempatan pada harga asas RM11,388 (tanpa insurans, dan caj lain). Model baharu itu ialah produk pengganti kepada sportbike kelas 150cc sedia ada.

Ada tiga warna ditawarkan iaitu Red Fire (merah), Matt Grey (kelabu) dan Black Space (hitam). GPX Demon GR200R mencuri tumpuan ramai peminat motosikal selepas pelancarannya di Thailand pada Jun tahun lalu.

Berikut perincian Demon GR200R (2021):

  • Trenkuasa jenis 4-lejang 2-injap silinder tunggal 198cc SOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 19hp dan tork 17.2Nm serta dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan. Kelajuan maksimum dianggarkan lebih 140kmj.
  • Dilengkapi lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu signal belok dan lampu belakang. Lampu siang (DRL) tirus diposisikan atas lampu utama.
  • Menampilkan rekabentuk agresif yang dapat dilihat pada setiap sudut badan motosikal, termasuk tangki minyak berkapasiti 10.5 liter. Anggaran penggunaan bahan api 35km per liter.
  • Panel meter jenis digital LED memaparkan maklumat tunggangan seperti spidometer, takometer, bar petrol, suhu enjin, jam, trip perjalanan dan posisi gear semasa.
  • Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) dan monoshock YSS jenis prabeban boleh laras 7-tetapan multilink. Rantai jenis DID 428 o-ring dengan sproket 16 (depan) dan 47 (belakang).
  • Bahagian roda menggunakan brek cakera tunggal 276mm dengan kaliper dwi-piston di depan dan cakera tunggal 220mm dengan kaliper piston tunggal (belakang).
  • Rim sport bersaiz 17 inci dibalut tayar 100/80 (depan) dan 140/70 (belakang).
  • Menampilkan pelana gaya sport jenis terpisah antara penunggang dan pembonceng. Tinggi pelana 815mm, manakala berat motosikal 155kg. Jarak roda pula 1,350mm.
  • Sistem ekzos juga bergaya sport dengan peg kaki aluminium emas.
  • Sportbike ini boleh didapati di pasaran bermula 10 April atau pertengahan Mei nanti di seluruh negara. Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti 2 tahun atau 20,000km perbatuan.

BACA >>> Thailand Lancar GPX Demon GR200R-Da Corsa, Harga RM10.9k!
BACA >>> Thailand Lancar GPX Demon GR200R (2020), Harga RM10k
BACA >>> GPX Lancar Drone (2020), Skuter Pertama Kolaborasi dengan SYM

GPX DEMON GR200R (2021) GPX Malaysia roda2 sportbike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.